suria

Intan Najuwa beri tempoh 24 jam kepada individu ganggu keluarganya… “Tak kisah berapa kos untuk bawa ke saluran undang-undang”

Intan mencari individu yang melemparkan kata-kata buruk kepada keluarganya.

PELAKON Intan Najuwa memberi amaran tegas kepada seorang individu yang didakwa telah menabur kata-kata buruk serta mengganggu keluarganya melalui media sosial.

Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, individu berkenaan diberikan tempoh 24 jam untuk tampil memberi respons berhubung isu yang dibangkitkan.

Jelas Intan, walaupun sering menerima pelbagai kritikan di media sosial, namun dia sama sekali tidak akan berdiam diri jika keluarganya turut menjadi mangsa.

Perkongsian Intan di Threads miliknya.

Perkongsian Intan di Threads miliknya. 

"Sesiapa yang mengenali wanita ini, tolong maklumkan dia mempunyai masa selama 24 jam untuk memberi respons kepada saya. 

"Saya sudah menghantar mesej dan surat tuntutan (LOD) tetapi tiada maklum balas. 

"Bercakap buruk tentang saya itu satu hal, tetapi apabila sudah melibatkan dan mengganggu keluarga saya, ia sesuatu yang saya tidak akan pernah bertoleransi," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tuntut pereka terkenal bayar duit pinjaman cecah jutaan ringgit, tak teragak-agak dedah identiti sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya pada Isnin. 

Dalam hantaran dibuat, Intan turut berkongsi surat tuntutan yang dihantar dengan beberapa permintaan seperti memadam semua fitnah yang ditulis dan membuat permohonan maaf kepada aktres berkenaan. 

Dalam masa sama, Intan menjelaskan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya individu terbabit gagal memberikan penjelasan.

"Saya tidak kacau orang tetapi jika anda menyerang keluarga saya dengan pembulian siber, maka anda berurusan dengan orang yang salah. 

Intan

Intan beri amaran kepada individu yang memfitnah keluarganya.

"Saya tidak kisah berapa banyak kos yang perlu dibayar untuk membawa perkara ini ke saluran undang-undang, asalkan maruah saya dan keluarga terlindung," ujarnya. 

Dalam ruangan komen, Intan turut memaklumkan individu terbabit dipercayai bercakap buruk mengenai dirinya dan keluarga menerusi foto yang dikongsi di media sosial. 

"Dia (individu berkenaan) bercakap buruk fasal saya dan keluarga di ruangan foto," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain