suria

mStar dan Suria bergabung raikan ulang tahun di Sunway Lagoon… 200 peminat dijemput percuma!

Sambutan ulang tahun mStar dan Suria akan jadi lebih meriah bersama pembaca bertuah.

DALAM usaha memperkukuhkan jenama serta menghargai sokongan pembaca dan pendengar, dua jenama popular hiburan bergabung meraikan ulang tahun yang akan diadakan di taman tema Sunway Lagoon pada Ahad ini dalam ‘Ulang Tahun mStar -Suria 2018’.

Angka 2018 itu merujuk kepada usia mStar yang mencecah 20 tahun sementara Suria pula meraikan usia ke 18 tahun ini.

Kerjasama dua produk bawah Star Media Group ini dijangka memberikan pengalaman luar biasa kepada para penyokong setia kedua-dua jenama tersebut kerana mereka juga bakal dipilih secara percuma untuk turut serta.

Seramai 200 peminat bertuah masing-masing 100 orang dari kedua-dua jenama ini berpeluang bercanda di taman tema itu melalui kuiz khas yang diadakan.

Mstar Birthday Splash - mStar celebrating 19th anniversary with fans and celebrities at Sunway Lagoon on October 19.-AZMAN GHANI/The Star

Aktiviti riadah bersama artis antara program diadakan. 

Bagi pembaca mStar, mereka hanya perlu menulis tajuk berita paling kreatif pada ruangan komen menggunakan perkataan ‘Ulang Tahun mStar -Suria 2018’  di Instagram rasmi dan Facebook mStar yang telah dibuka kepada umum bermula Ahad lalu.

Sementara pemanggil bertuah pula akan dipilih sebagai pemenang dalam segmen yang dikendalikan oleh penyampai Suria.

Menariknya, aktiviti ini bakal  memberi peluang kepada pembaca menikmati pelbagai acara menarik  selain mendapat peluang berhibur dan beramah mesra bersama selebriti jemputan. 

Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah berkata, acara fizikal seperti ini sangat signifikan bagi mStar kerana ia memberi ruang untuk mendekati pembaca yang menjadi tulang belakang portal itu sejak penubuhannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pickleball jadi simbol erat mStar, Suria FM... Rai ulang tahun dengan aktiviti sihat bersama selebriti tempatan 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cabaran lawan boling permulaan ulang tahun mStar, Suria… Lebih meriah artis jadi pemain import

“Tahun ini benar-benar istimewa buat kami. Meraikan ulang tahun ke-20 merupakan satu perjalanan yang indah. Kami bersyukur kerana bertahan dan terus relevan dalam industri yang bergerak pantas ini.

“Kolaborasi bersama Suria FM pula memberi nilai tambah besar kerana produk itu juga baharu sahaja memperkenalkan ‘tagline’ baru mereka iaitu ‘Muzik dan Jiwa’ selain kedua-duanya berada bawah bumbung yang sama,” katanya.

Tambah Niezam, ia bukan sekadar hiburan semata-mata sebaliknya pasukan mStar mahu para pembaca memahami bagaimana berita, hiburan, gaya hidup dan kandungan viral dihasilkan setiap hari.

Mstar Birthday Splash - mStar celebrating 19th anniversary with fans and celebrities at Sunway Lagoon on October 19.-AZMAN GHANI/The Star

Permbaca bertuah akan dapat tiket percuma masuk Sunway Lagoon. 

Ujarnya,  penganjuran ini diharap dapat membuka ruang lebih besar untuk pembaca memberi maklum balas secara langsung kepada pasukan editorial mStar.

“Kami tidak wujud tanpa pembaca. Mereka bukan sekadar angka di paparan analitik, tetapi individu yang benar-benar mengikuti kerja kami. 

“Inilah masanya kami bertemu pembaca untuk mendengar suara mereka serta mengucapkan terima kasih secara bersemuka kerana telah menjadi sebahagian kepada kejayaan yang diraih mStar selama ini,” katanya.

Sertai peraduan di Instagram mStar untuk menang tiket percuma. 

Bagi pembaca yang berhajat menyertai aktiviti ini, kunjungilah Instagram dan Facebook mStar, tulislah tajuk berita paling kreatif pada ruangan komen menggunakan perkataan ‘Ulang Tahun mStar-Suria 2018’  di Instagram rasmi mStar.

Tarikh akhir penyertaan ialah pada Rabu ini, 26 November 2025. Pemenang bertuah akan dihubungi melalui media sosial masing-masing. 

Sambutan ulang tahun ini di Sunway Lagoon merupakan acara kemuncak selepas beberapa aktiviti yang diadakan sebelum ini. 

Pada Oktober lalu, mStar dan Suria FM menganjurkan pertandingan boling dan pickleball sebagai pembuka tirai sambutan ulang tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia