TAMPIL dengan sebuah lagu baharu berjudul Janjir, penyanyi Shaffiq Erwin berani memberi kelainan dengan membawakan gabungan genre rock dan dangdut.
Bagi Shaffiq, 34, sambutan baik dalam kalangan pengguna media sosial terhadap genre sebegini membuatkan dia bertambah yakin.
“Saya setuju penyanyi dangdut lelaki susah mendapat sambutan di Malaysia. Tetapi kita tidak boleh nafikan banyak lagu yang trending di media sosial berunsurkan dangdut dan rata-ratanya daripada penyanyi lelaki.

Shaffiq berani beri kelainan dalam lagu baharu.
“Jadi jika dikatakan genre dangdut sukar diterima di Malaysia, saya rasa tidak. Sebab itu dalam lagu ini 80 peratus lebih kepada rock dan hanya 20 peratus dangdut,” katanya.
Tambah Shaffiq, dia juga percaya pemilihan lagu kali ini mudah menarik perhatian pendengar.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedia terima komen pedas juri ‘Famili Duo’, Shaffiq Erwin akui terbeban bawa gelaran guru vokal
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berani komen nyanyian sumbang Ifa Raziah, guru vokal tampil beri penjelasan… “Saya sedar masih baharu tapi tanggungjawab mendidik”
“Saya yakin genre ini lebih santai dan menjadi pilihan pendengar.
“Soal laku atau tidak, saya serah kepada rezeki. Saya yakin sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini walau sekali akan terus suka,” ujarnya.

Shaffiq harap lagu Janjir diterima baik peminat.
Lagu Janjir merupakan ciptaan Shaffiq bersama Rudy Nastia dan Aizad Khan.
Ia mula dihasilkan sejak dua tahun lalu dan pada asalnya merupakan sebuah karya nyanyian duet.
“Sepatutnya ia keluar sebagai lagu duet, tetapi atas beberapa faktor ia dilancarkan secara solo.
"Lagu ini sudah tersimpan dua tahun, jadi saya ambil keputusan untuk melancarkannya sebagai nyanyian solo sahaja,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


