suria

Edry Abdul Halim pitam usai konsert… “Masa untuk rehat dan pulihkan diri”

Edry kelihatan tidak bermaya ketika sidang media.

PENYANYI Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan pitam sejurus tamat konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung pada malam Sabtu. 

Kata Edry, 48, dia memberi sepenuh tenaga sepanjang menjayakan persembahan bersama anggota kumpulan KRU pada konsert berkenaan. 

"Kami beri 100% tenaga hingga ke lagu terakhir, tapi sampai ke belakang pentas terus pitam dan kekejangan. Alhamdulillah ada pasukan kecemasan yang membantu memulihkan keadaan dengan segera," katanya. 

Edry memberi persembahan terbaik bersama anggota KRU. 

Edry menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad. 

Edry kini sedang berehat dan dalam proses pemulihan. 

Penyanyi itu turut menzahirkan penghargaan buat peminat yang telah hadir dan memberi sokongan pada konsert tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Edry teruja jumpa kaset lama KRU, mahu bawa pulang ke UK sebagai kenangan 

ARTIKEL BERKAITAN: KRU sedih hasrat bapa nak tengok konsert tidak kesampaian, bawa Juliana Banos ke pentas GenKRU The Finale

"Saya berada di rumah di Kuala Lumpur sekarang. Masa untuk rehat dan pulihkan diri. 

"Terima kasih kepada para peminat yang datang menyokong GenKRU Finale malam tadi. 

“Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan bagi kami dapat berada di atas pentas sekali lagi untuk anda semua," ucapnya. 

Semalam pada sesi sidang media selepas konsert tamat, Edry turut kelihatan tidak bermaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia