suria

“Masih selesa dalam perut” - Syasya Rizal belum ada tanda nak bersalin

Syasya menunggu hari menyambut kelahiran cahaya mata kedua.

PENYANYI Syasya Rizal yang sudah memasuki 39 minggu kehamilan  memberitahu dia masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk bersalin. 

Tenang menunggu kelahiran cahaya mata kedua, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkata, dia mahu manfaatkan masa sebaik mungkin untuk bersama anak sulungnya. 

"Dah 39 minggu, masih selesa dalam perut, tak nak 'check out' lagi. 

Syasya bersama anak sulungnya. 

"Tidak mengapa, saya husnuzon sahaja. Mungkin dia nak beri peluang mama dan bapak luang masa dengan abang sebelum anak kedua 'real main character' muncul," katanya. 

Syasya berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Ahad.

Tambahnya pengalaman mengandung kali ini cukup berbeza berbanding kehamilan pertama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kata gelojoh hamil anak kedua, Syasya Rizal kekal tenang... Percaya rezeki Allah 

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil gemar tonton Doraemon, doa Syasya Rizal kahwin 'Nobita' termakbul

"Abang tahun lepas bukan main semangat, siap bagi false alarm nak keluar pra-matang. Adik ini pula tenang betul. 

"Bila anak nombor dua mengandungkan anak nombor dua, barulah saya faham perangai masing-masing," ujarnya. 

Syasya dan suami teruja mahu menyambut kelahiran anak kedua. 

Terdahulu Syasya memaklumkan kehamilan anak kedua pada September lalu dalam satu video namun tidak mendedahkan jantina bayi berkenaan. 

Untuk rekod Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung, Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia