suria

Isyariana mengaku masih solo, impi lelaki ‘berharta’... “Bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja”

Isyariana mengaku masih solo.

PELAKON Isyariana mengakui masih solo dan ingin mencari lelaki yang mempunyai dua ciri utama iaitu beriman dan berharta. 

Menurut pemilik nama lengkap Isyariana Che Azmi, 35, dia memerlukan lelaki yang mampu membimbing dirinya ke arah kebaikan serta bertanggungjawab. 

“Saya belum dimiliki. Saya mencari lelaki yang beriman dan berharta. Saya rasa dua kriteria ini perlu seiring.

“Saya mahu lelaki yang boleh membimbing sebab selama ini saya banyak berdiri sendiri. Jadi saya perlukan seseorang yang boleh membawa saya ke arah kebaikan.

Isyariana mencari lelaki yang beriman tetapi tidak menunjuk-nunjuk dirinya alim. 

“Asalkan dia tidak menunjuk-nunjuk kononnya alim. Cukuplah kalau dia seorang yang tenang. Saya harap ada lelaki seperti itu di luar sana,” katanya.

Isyariana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen jenama Maglifestyle di pentas Gashionably Modest Asia 2025 yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Menurut Isyariana,  istilah ‘berharta’ yang disebut bukan bermaksud mendambakan lelaki kaya raya, sebaliknya merujuk kepada lelaki yang bertanggungjawab dan mampu menyediakan nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana pernah trauma sampai lupa lirik, kini rancang kembali aktif menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Segan buka tudung selepas pulang umrah, Isyariana bimbang gagal istiqamah

“Saya tak pernah didekati lelaki yang cuba mengikis sebab saya pun tak pernah ada niat nak mengambil kesempatan terhadap duit sesiapa.  

"Selama ini bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja, bukan jenis yang terlalu berharta.

“Tapi lelaki berharta yang saya maksudkan adalah lelaki yang rajin bekerja dan mencari nafkah.

“Saya nak dia ada sifat tanggungjawab. Inilah konsep berharta yang saya cari,” katanya.

Isyariana anggun ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen Maglifestyle. 

Selain Isyariana, pertunjukan fesyen Maglifestyle turut dimeriahkan dengan kehadiran Sarah Suhairi, Syada Amzah dan Ziha Salleh. 

Maglifestyle yang diketuai Wong Yen Lee dan Wong Shiau Lee mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pakaian sedia pakai yang menawarkan rekaan bergaya, moden dan mampu milik untuk wanita. 

Sebanyak 23 rekaan diperagakan dengan memfokuskan pada warna pastel lembut. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain