suria

Muat naik foto di Instagram, kehadiran Malique di konsert KRU kekal misteri… “Dia cakap teringin nak pergi tengok”

Kehadiran Malique ke konsert GenKRU The Finale: One More Time jadi tanda tanya.

PENYANYI rap dan komposer legenda, Malique yang sudah lama tidak muncul di khalayak membuat kejutan apabila memuat naik beberapa foto suasana konsert GenKRU The Finale: One More Time di akaun Instagram miliknya.

Ini sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada figura terkenal itu benar-benar berada di stadium atau sekadar memberi sokongan dari jauh.

Enggan mengiyakan atau menafikan kehadiran Malique pada konsert itu,  penganjur Icon Entertainment, Iman Tang, berkata penyanyi itu memang ada menyuarakan hasrat untuk hadir ke acara tersebut.

Perkongsian Malique berkenaan konsert GenKRU The Finale: One More Time menarik perhatian ramai.

Perkongsian Malique berkenaan konsert GenKRU The Finale: One More Time menarik perhatian ramai.

"Saya selalu berborak dengan Malique dan dia cakap teringin nak pergi tengok konsert. Katanya dah lama tak keluar. Jadi saya cakap kalau free datanglah ke konsert KRU ini. 

"Waktu itu dia ada tanya kalau ada apa-apa yang boleh dibantu dan kebetulan tiket konsert masih ada lagi. Jadi dia nak tolong promosikan di akaun Instagramnya (IG). Maklumlah dia pun baru buat IG," katanya. 

Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert GenKRU The Finale: One More Time yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil pada malam Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mr. General pun dah buat IG! Dalam masa 2 hari kumpul lebih 60,000 pengikut, peminat nak tahu perkembangan Malique

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir 20 tahun tidak bersama, Joe Flizzow tak tolak kerjasama dengan Malique

Dalam pada itu, Iman memberitahu, dia kini menguruskan kerjaya Malique, namun tidak menguruskan akaun Instagram komposer itu.

"Mungkin ada yang dah tahu sekarang ini saya uruskan (kerjaya) Malique. Dalam Instagram dia pun ada nama saya tetapi saya bukan admin, dia pegang sendiri akaun tersebut. 

"Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya banyak benda yang dia boleh lakukan tetapi kita faham hidupnya kini penuh privasi. Rasanya sudah 18 tahun tak muncul. Saya sebenarnya pun dah lost count (lupa). 

Ramai peminat menantikan kemunculan semula Malique.

Ramai peminat menantikan kemunculan semula Malique.

"Saya ada ketika persembahan Too Phat pada 2007 kemudian mereka bergerak sendiri," katanya. 

Pada Rabu lalu, tindakan Malique memuat naik foto dua tiket Konsert GenKRU The Finale: One More Time membuatkan peminat teruja. 

Perkongsian itu menimbulkan harapan bahawa mereka berpeluang bertemu penyanyi hip hop legenda itu pada malam konsert, malah ada yang berharap Malique akan berkongsi pentas bersama KRU.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia