suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak percaya kekasih curang ‘merempit’ dengan perempuan lain, remaja nekad nikah sejurus usia cecah 18 tahun... Kakak risau masa depan adik hancur

Wanita perlu berhati-hati dalam memilih bakal suami. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN seorang remaja untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja dia mencapai usia 18 tahun membuat ahli keluarganya bimbang.

Kakak remaja berkenaan memberitahu dia kurang yakin dengan lelaki pilihan adiknya kerana pemuda berkenaan menunjukkan pelbagai tanda 'red flag' selain bersikap seperti mat rempit.

"Adik saya baru 17 tahun dan dia rancang nak berkahwin awal tahun depan tapi saya kurang suka sebab lelaki itu suka main motosikal, dah macam mat rempit.

"Saya risau sebab minggu lepas terserempak dengan lelaki itu, dia menunggang motosikal bersama perempuan lain," katanya.

Golongan bermotosikal sering dianggap mengabaikan keluarga. -Gambar hiasan AI

Golongan bermotosikal sering dianggap mengabaikan keluarga. -Gambar hiasan AI

Tidak suka dengan apa dilihat, wanita berkenaan mengambil keputusan menghubungi lelaki tersebut namun dia menjelaskan wanita membonceng motosikalnya hanya kenalan biasa.

"Saya beritahu adik tentang kejadian itu tapi dia tak percaya kata-kata saya. Ibu pula menyebelahi adik.

"Paling menyakitkan hati apabila mak kata iyalah, adik dah ada orang nak, takkan kakak cemburu?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun kahwin, isteri bengang suami sibuk nak pergi ‘ride’... Susah hati konvoi campur lelaki perempuan tidur satu homestay

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat dalam but, tendang keluar kereta! Pemuda ‘cekup’ mat rempit buat bising pukul 4 pagi, bawa ke rumah beri ‘pengajaran’

Jelasnya, dia bukan cemburu malah belum terfikir hendak mendirikan rumah tangga memandangkan usianya masih 20-an.

Sebaliknya dia bimbang tentang masa depan adik perempuannya dan tidak mahu dia menyesal di kemudian hari.

"Saya sendiri masih belajar dan tak terfikir soal kahwin. Saya hanya mahu pastikan adik buat keputusan tepat demi masa depannya sendiri.

  • Wanita bimbang adik berusia 17 tahun merancang berkahwin pada awal tahun depan.
  • Bakal suami adik didakwa gemar menunggang motosikal seperti mat rempit.
  • Kakak mendakwa ternampak tunang adiknya bergurau dengan seorang wanita lain ketika bermotosikal.
  • Ibu dan adik didakwa menyalah anggap kebimbangannya sebagai perasaan cemburu.
  • Netizen menasihati wanita itu supaya membiarkan adiknya membuat keputusan dan belajar daripada pengalaman sendiri.

"Lagipun bakal suaminya pun masih muda dan hanya bekerja di kedai telefon," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang meminta wanita itu membiarkan adiknya membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan sesiapa.

"Biarkan dia kahwin sebab nanti bila berdepan masalah, baru tahu langit tinggi ke rendah. Biar dia hadap realitinya nanti.

"Mak sokong, kan? Apa-apa masalah biar mak je tolong dia. Awak jauhkan diri dan jangan masuk campur," antara saran warga maya.

Artikel Lain