BUNYI ekzos motosikal yang bingit, terutama pada lewat malam memang cukup untuk buat sesiapa saja hilang sabar.Perangai segelintir mat rempit yang suka melakukan aksi 'akrobatik' di kawasan perumahan bukan saja mengundang maki hamun, malah sangat membahayakan nyawa orang lain.Seorang pemuda berkongsi pengalaman 'manis' apabila dia berjaya menangkap salah seorang daripada sekumpulan mat rempit yang galak mencetuskan bunyi bising di depan rumahnya sekitar pukul 4 pagi.Golongan mat rempit tidak serik melakukan kesalahan walaupun berulang kali ditegur. -Gambar hiasan AI "Alhamdulillah Subuh tadi dapat tangkap seorang mat rempit depan rumah. Boleh pula dia lepak depan rumah sambil rem dan buat wheelie."Apabila aku keluar dan sound, bertempiaran mereka lari. Tapi ada seorang ni motosikal dia tiba-tiba mati. Kalau dah nama rezeki memang tak ke mana," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Mulut lagi laju daripada akal!” - Sukarelawan hiba pemuda mangsa langgar lampu merah dihina warga emas, difitnah merempitARTIKEL BERKAITAN: Matang, kewangan stabil tapi masih solo! Pemuda serba sempurna pelik mat rempit lebih laris, mudah jumpa jodohMenurut pemuda itu, mat rempit terbabit hanya mampu membisu seribu bahasa selepas ditahan.Langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi mahu memohon maaf atas gangguan yang dicetuskannya.Dia kemudian menghubungi beberapa rakannya sebelum membawa remaja terbabit pulang ke rumah keluarganya bagi memberi pengajaran."Sebelum kawan-kawan datang, aku sumbat dia dalam but kereta aku dulu. Apabila kawan-kawan sampai baru kami gerak ke rumah budak tu."Sampai rumah dia, aku tekan pedal minyak BMW X5, kita buat bising depan rumah dia pula. Kawan aku pula tendang dia keluar dari kereta," katanya.Seorang pemuda menahan mat rempit yang membuat bising depan rumahnya pada pukul 4 pagi.Remaja terbabit gagal melarikan diri selepas motosikalnya tiba-tiba mati.Pemuda itu membawa mat rempit berkenaan pulang ke rumah keluarganya sebagai pengajaran.Dia mendakwa sudah lama bersabar dengan gangguan bunyi ekzos di kawasan rumahnya.Netizen turut meluahkan rasa geram terhadap sikap mat rempit yang mengganggu penduduk.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, dia sudah lama memendam rasa sabar dengan gangguan bunyi motosikal di kawasan perumahannya yang bermula sejak pertengahan tahun lalu.“Sebab dah sabar lama sangat, kali ni memang Tuhan nak bagi peluang. Kita buat depan rumah dia pula, baru dia tahu rasa,” ujarnya.Perkongsian itu mengundang rasa puas hati dalam kalangan warga maya yang sememangnya geram dengan sikap mat rempit pada waktu malam."Sesiapa pun akan baran kalau pukul 4 pagi buat hal. Orang nak tidur tenang-tenang ada pula yang memekak."Apa la dalam kepala otak dia. Tak tahu ke satu kampung menyumpah benda tak elok. Baik balik tidur," komen netizen.