Seorang guru sewajarnya mendidik para pelajar dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. -Gambar hiasan AI
GURU sering dianggap sebagai insan yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi contoh teladan kepada para pelajar dalam membentuk sahsiah dan keyakinan diri mereka.Namun, pengalaman setiap pelajar tidak sama. Ada yang membawa kenangan pahit sepanjang hidup akibat layanan yang diterima ketika di bangku sekolah.Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang individu yang meluahkan rasa dendam terhadap seorang bekas gurunya ketika di sekolah rendah, sehingga memberi kesan berpanjangan terhadap emosi dan kehidupannya.Seorang guru sewajarnya mendidik para pelajar dengan penuh kesabaran supaya ilmu yang disampaikan dapat difahami. -Gambar hiasan"Ke hadapan cikgu sekolah rendah, yang ajar saya subjek Math (Matematik) dulu. Saya adalah murid yang cikgu hina depan kelas setiap hari, sehingga classmate saya tidak mahu berkawan dengan saya kerana anggap saya bodoh."Saya nak cikgu tahu, saya dah jadi doktor perubatan sekarang," tulisnya dalam satu luahan di Threads.Menurut individu tersebut, sepanjang tempoh guru berkenaan mengajar subjek Matematik di kelasnya, dia mendakwa sering dimarahi dan diperlekehkan di hadapan rakan-rakan sehingga menjejaskan keyakinan diri.ARTIKEL BERKAITAN: Profesor universiti mulut celupar, malukan mahasiswi dalam bilik kuliah! - “Muka baik tapi mengandung luar nikah”ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak 'fake' macam pondan" - Guru sabar, tak 'koyak' pelajar lelaki kutuk mekap! Habis kelas terus selfie periksa wajah"Setiap hari cikgu malukan saya, walaupun cikgu tahu saya tak boleh jawab soalan cikgu tu. Apa salahnya cikgu ajar elok-elok. Dah tahu saya lembab, kenapa malukan depan kelas, sampai sekarang saya ingat muka cikgu."Terbayang-bayang suasana dalam kelas apabila cikgu marah. Lama pula cikgu ajar saya dari umur 10 tahun sampai 12 tahun, dalam masa tiga tahun tu sampai sekarang saya terkesan dan benci cikgu," katanya.Dia turut mendakwa guru tersebut pernah berbual dan mengumpat tentangnya bersama guru lain di hadapan kelas, yang disifatkan sebagai tindakan disengajakan.Seorang individu meluahkan dendam kepada bekas guru Matematik.Dia mendakwa guru tersebut sering memarahinya dan memalukannya.Situasi tersebut membuatkan dirinya terkesan sepanjang hidup.Biarpun sudah bergelar doktor, dendamnya tidak terpadam.Netizen tampil dengan reaksi pelbagai, ada yang memahami namun ada yang memintanya menjadi pemaaf.Ringkasan ini dijana oleh AIUjarnya lagi, biarpun sudah berjaya dan mempunyai karier, dia tidak mampu melupakan layanan buruk yang diterima hingga tidak dapat memaafkan perbuatan guru tersebut."Saya harap cucu-cucu cikgu semua bodoh Matematik macam saya, dan hari-hari dia kena marah teruk macam saya kena," luahnya lagi.Di ruangan komen, ternyata warga maya memahami apa yang dirasakannya lantaran mereka juga pernah melalui pengalaman hampir serupa.Namun begitu, ada juga netizen yang menasihatkan agar individu tersebut lebih bersikap pemaaf dan tidak terus menyimpan dendam, sebaliknya melihat pengalaman itu sebagai satu pengajaran dalam kehidupan.