suria

Pelajar IPT mengadu penat jadi ‘supir’ kawan kuliah, tahan lapar demi duit minyak - “Nak ke mana-mana naik kereta aku”

Salah satu adab ketika menumpang kenderaan orang adalah dengan menghulurkan duit minyak kepada pemiliknya. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN sebagai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sememangnya penuh dengan cabaran, terutama apabila perlu bijak mengurus kewangan demi kelangsungan hidup di kampus.

Namun, bagi sesetengah pelajar, beban tersebut menjadi lebih berat apabila terpaksa mengorbankan keperluan diri demi menjaga hati dan keselesaan orang lain.

Begitulah luahan seorang pelajar yang mengakui dia seolah-olah menjadi people pleaser kepada rakan-rakan sehingga sanggup menahan lapar semata-mata mahu berjimat.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, pelajar berkenaan mengakui baru sahaja melalui situasi yang membuatkan dia berasa sedih dan kecewa.

Amalan berkongsi kenderaan mampu membantu menjimatkan kos. -Gambar hiasan AI

"Titik terendah seorang pelajar. Semalam pergi makan dengan kawan, tapi aku tak makan sebab nak simpan duit.

"Aku ada kereta dan apabila nak ke mana-mana mesti semua pergi dengan kereta aku. Aku nak simpan duit untuk minyak kereta, jadi aku sanggup tahan lapar," tulisnya.

Menurut pelajar itu lagi, walaupun menerima elaun bulanan sebanyak RM700, wang tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung pelbagai komitmen lain termasuk sewa rumah dan perbelanjaan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari tumpang ke pejabat, kawan ‘muka tembok’ bagi duit minyak RM10 seminggu! Gadis tak reti meminta, takut dikata berkira

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah la kena jemput, minyak pun kita bayar!” - Wanita meluat sikap berkira kekasih B40, kalau ditegur terus merajuk

"Walaupun dapat elaun RM700 setiap bulan, tetap tak cukup. Aku duduk rumah sewa, mestilah kena bayar sewa rumah apa semua tu," katanya.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa terkilan terhadap sikap rakan-rakan yang disifatkan kurang peka dengan pengorbanannya. 

"Aku tak minta (duit) dan mereka tak bagi. Tapi walaupun aku tak minta, patutnya kena ada common sense sikit. Ini tak ada langsung," ujarnya lagi.

  • Seorang pelajar IPT luah rasa penat apabila seolah jadi 'people pleaser' untuk rakan.
  • Dia mempunyai kereta dan rakan-rakan selalu menumpang.
  • Pelajar itu sanggup tidak pesan makanan kerana mahu berjimat demi duit minyak.
  • Elaun bulanan sebanyak RM700 tetap tidak mencukupi untuk komitmen.
  • Dirinya sedih rakan-rakan tak ada common sense dengan hulur duit minyak.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ramai tampil bersimpati dengan situasinya.

Mereka menasihatinya supaya lebih mengutamakan diri sendiri dan tidak terlalu memendam kesusahan demi menjaga hati orang lain.

"Minta je duit minyak. Kalau tak sampai hati nak cakap, WhatsApp kan ada... bagi je kod QR terus.

"Jangan jadi terlalu baik.

"Buka mulut dan cakap, jangan diam dan pendam," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain