suria

“Dah la kena jemput, minyak pun kita bayar!” - Wanita meluat sikap berkira kekasih B40, kalau ditegur terus merajuk

Ramai wanita sanggup berkorban demi membahagiakan pasangan mereka. -Gambar hiasan AI

ADA sesetengah individu lebih sanggup tidak berkahwin daripada mendirikan rumah tangga dengan pasangan tidak sekufu.

Walaupun ia kedengaran remeh tetapi pemilihan pasangan yang setaraf dan sekepala penting dalam memastikan hubungan terjalin sentiasa harmoni dan mampu berkekalan.

Seperti wanita ini, dia kini tersepit selepas sekian lama menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak stabil tentang kewangan selain mempunyai beberapa sikap buruk. 

Kebiasaannya lelaki yang akan menanggung perbelanjaan setiap kali keluar bersama pasangan. -Gambar hiasan AI

"Okay ke kalau kita yang kena jemput teman lelaki? Dia tiada lesen dan tidak memiliki kereta.

"Saya terasa hati sebab saya kena bayar minyak. Kebiasaannya, duit saya yang banyak digunakan setiap kali kami keluar.

"Saya buntu untuk slow talk sebab dia seorang yang sensitif. Dia juga seorang yang berkira," tulis wanita itu.

Menurut wanita itu, dia juga kesal kerana teman lelakinya sering bersikap lepas tangan dalam apa-apa urusan melibatkan mereka berdua.

  • Wanita mula rimas dengan sikap kekasihnya yang masih tiada lesen memandu.
  • Dia terpaksa menjemput pemuda itu setiap kali mereka mahu keluar bersama.
  • Wanita itu juga mendakwa dia perlu menanggung makan minum kekasihnya.
  • Ramai netizen minta wanita itu angkat kaki sebelum terlambat.

"Saya sampai putus asa. Saya suruh dia pilih tempat untuk 'dating' awal-awal, fikir apa aktiviti nak buat. 

"Namun sampai hari kejadian, dia tak tahu nak makan di mana atau buat aktiviti apa.

"Dah la saya memandu ke rumah dia. Sambil memandu, saya pula nak kena fikir destinasi kami. Ex saya dulu pun tak macam ini," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri... Anggap suami biawak hidup dah mati - “Insurans dia aku tak bayar”

Hantaran di platform X itu turut dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya meminta dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.

"Ramai lagi lelaki budiman di luar sana. Carilah yang lain. Saya tak nampak 'bakat' dia untuk jadi suami.

"Tinggalkan je, tak berbaloi bersama lelaki macam ini. Jangan menyesal kalau kahwin dengan dia nanti," tulis netizen.

Artikel Lain