suria

‘Bestie’ di pejabat bertukar musuh kerana salah faham, sekarang tengok muka pun benci! Lagi parah tinggal satu taman

Salah faham akan menjadi lebih besar jika tidak ditangani dengan baik. -Gambar hiasan AI

SAHABAT di tempat kerja bukan sahaja menjadi teman bertukar cerita atau meluah perasaan, malah ada yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri. 

Namun, siapa sangka keakraban yang terjalin bertahun-tahun boleh menjadi renggang hanya disebabkan salah faham kecil.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini apabila hubungan akrab dengan rakan baik di tempat kerja bertukar dingin, malah kini seperti musuh yang saling mengelak.

"Saya pernah ada seorang kawan baik di tempat kerja, seorang pengurus dalam jabatan yang sama. Dia dalam lingkungan usia 40-an, manakala saya lewat 20-an. 

"Kami hampir setiap hari makan tengah hari bersama dan kadang-kadang berkongsi kereta. Sekarang jadi musuh, langsung tak boleh berjumpa," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkilan ‘dipalau’ BFF, tak guna hantar jemputan majlis tunang lima bulan awal - “Masa mereka kahwin saya selalu ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Padah cuti bersama, BFF ‘single’ dituduh menggatal dengan suami tepi sungai! Maaf tak diterima siap ungkit kisah lama

Tambahnya, hubungan mereka mula renggang hanya disebabkan salah faham kecil yang berpunca daripada dirinya.

"Puncanya, saya merajuk sebab ditinggalkan ketika makan tengah hari dan saya beremosi tentangnya.

"Selepas keadaan reda, saya minta maaf. Tetapi dia pula terlalu emosi sampai meninggikan suara di hadapan orang ramai," ujarnya.

Hubungan dengan rakan sekerja perlu kekal profesional supaya tidak timbul konflik di kemudian hari. -Gambar hiasan AI

Sejak kejadian itu, mereka terus tidak bertegur sapa dan hubungan yang dibina bertahun-tahun berakhir begitu sahaja.

"Bukan itu saja, setiap kali terserempak di surau atau pantry, dia akan menghentak-hentak barang dan menghempas pintu.

"Lama-kelamaan saya jadi geram, tapi dalam masa sama rasa kelakar sebab macam budak-budak.

"Ada satu masa tu dia agihkan barang kepada semua orang di pejabat. Sampai di meja saya, dia campak saja barang itu walaupun saya sedang bekerja.

"Saya sempat menangis sekejap, tapi lebih kepada marah daripada sedih," luahnya lagi.

Kini, dia mengambil keputusan untuk mengelak daripada bertembung dengan bekas sahabatnya itu bagi mengelakkan situasi menjadi lebih tegang.

Menurut wanita itu, apa lebih menyedihkan hubungan yang dahulunya sangat indah kini bertukar menjadi sebaliknya, apatah lagi mereka juga tinggal berdekatan.

  • Seorang wanita berkongsi kisah hubungan rapat dengan rakan sekerja yang dianggap seperti keluarga akhirnya menjadi renggang.

  • Mereka dulu sangat akrab, sering makan bersama dan berkongsi aktiviti harian di tempat kerja.

  • Konflik bermula daripada salah faham kecil apabila wanita itu merajuk kerana ditinggalkan semasa makan tengah hari.

  • Walaupun sudah meminta maaf, situasi menjadi lebih buruk apabila rakannya bertindak emosional dan mereka terus tidak bertegur sapa.

  • Netizen berpendapat apa yang berlaku menjadi pengajaran supaya menjaga batas dalam persahabatan di tempat kerja.

"Ini satu pengakhiran yang menyedihkan bagi hubungan yang pernah sangat indah. Kami terlalu rapat sampai saya beli rumah satu taman dengan dia.

"Sekarang bukan saja satu tempat kerja malah berjiran tapi bitter," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai yang turut berkongsi pandangan lantaran pernah berdepan situasi sama.

Namun majoriti netizen memberi peringatan mengenai pentingnya meletakkan batas sesama rakan sekerja agar hubungan profesional tidak bertukar peribadi sehingga menimbulkan konflik di kemudian hari.

"Sebab itu tak boleh rapat sangat dekat ofis. Belajar tetapkan jarak. Umur 30-an, 40-an tak payah dah cari geng lunch time.

"Silap besar bila anggap rakan sekerja tu bestie," komen netizen. 

Artikel Lain