suria

Padah cuti bersama, BFF ‘single’ dituduh menggatal dengan suami tepi sungai! Maaf tak diterima siap ungkit kisah lama

Elakkan diri daripada menjadi punca pergaduhan pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI

PERSAHABATAN antara dua wanita yang dibina sejak sekian lama diuji apabila timbul salah faham melibatkan suami kepada salah seorang daripada mereka ketika bercuti bersama.

Menerusi perkongsian seorang wanita di media sosial, dia menceritakan situasi tidak dijangka  berlaku ketika mereka menyertai aktiviti mandi sungai.

Katanya, masalah mula timbul apabila suami kepada sahabat baiknya itu cuba membantu ketika dia hampir jatuh ketika berjalan di tepi sungai.

Pasangan yang saling percaya akan merasa lebih selamat dari segi emosi dan fizikal. -Gambar hiasan

"Saya dan beberapa ahli keluarga nak rakam video dalam air tapi saya tak reti berenang. Jadi saya berjalan di tepi sungai tu dulu. Masa tu suami kawan saya ni ikut.

"Saya hampir terjatuh tapi tak jatuh lagi. Tapi suami kawan pegang pergelangan tangan saya tapi sekejap je. Gara-gara situasi tu kawan baik saya ni cemburu.

"Disebabkan benda ni, mereka bergaduh dan kawan marahkan saya juga. Padahal bukan saya yang pegang laki dia. Suami dia yang nak tolong," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah gaduh selama 5 tahun duduk sebilik, 2 sahabat buat drama air mata di hujung semester - “Kami macam tak ready lagi nak pisah”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan gaduh dengan suami selalu minta tolong, wanita bujang hati kering tak jawab 'call' - “Nanti berbaik, kau pula dikata jahat”

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, wanita ini membuat permohonan maaf kepada kawan baiknya selepas insiden terbabit.

Namun ternyata masalah berlarutan apabila rakannya mengungkit kisah silam yang berlaku sewaktu mereka di sekolah menengah.

Menurut pengadu, isu lama itu sepatutnya sudah dilupakan kerana dia sendiri menyesal dengan kesilapan tersebut.

"Kami berdua pernah bergaduh fasal lelaki juga tapi lelaki tu bukan suami dia yang sekarang. Jadi sekarang ni dia cakap dekat saya, tak apa memang dari dulu lagi saya macam ni.

  • Suami rakan bantu elak jatuh di sungai, wanita pula dituduh menggoda.
  • Tindakan spontan itu buat rakan baiknya cemburu dan bergaduh dengan suami.
  • Wanita dimarahi walau sudah jelaskan tidak bersalah.
  • Rakan turut mengungkit kisah lama zaman sekolah.
  • Netizen nasihatkan wanita menjauhkan diri sementara waktu.

"Maksudnya dia nak cakap dari dulu saya suka kacau hubungan dia. Padahal tu cerita 10 tahun lepas waktu kami di tingkatan tiga.

"Yang tu memang silap saya sebab bercinta dengan bekas kekasih dia dan kami bergaduh besar. Tapi sumpah saya menyesal sebab sampai sekarang rasa bersalah," luahnya lagi.

Perkongsian yang dibuat tersebut meraih pelbagai komen warga maya yang memberikan cadangan sebagaimana diharapkan pengadu.

Menjaga batas penting apatah lagi jika melibatkan pasangan sudah berumah tangga. -Gambar hiasan

"Cuba tukar tempat awak dengan kawan baik awak. Apa awak rasa? Kalau kehadiran awak akan buatkan mereka suami isteri bergaduh, awak perlu jauhkan diri.

"Memandangkan awak pun pernah ada isu dengan dia. Lebih baik ambil masa untuk keadaan bertenang dulu. Nanti okey la tu apabila tak bersembang dengan emosi.

"Bagi saya la kan sis. Mulai dari sekarang, awak cuba jauhkan diri dulu dengan mereka.

"Bagi kawan awak tu bertenang dulu. Kadang bukan apa, risau juga sebabkan suami tu, hubungan kalian pula tak elok," komen beberapa netizen.

Artikel Lain