SEORANG wanita mencuri perhatian di media sosial selepas meluahkan rasa rindu terhadap bekas kakak iparnya yang disifatkan sangat baik dan penyayang.
"Walaupun abang aku dah bercerai dengan bekas isteri dia, tapi aku masih sayangkan bekas isteri dia tu.
"Bekas kakak ipar sangatlah baik, dulu waktu dia masih dengan abang aku... kalau minta tolong, selagi mampu dia akan hulurkan bantuan," ujarnya di Thread.

Ramai yang berharap hidup dalam keluarga harmoni. -Gambar hiasan
Mengimbau kenangan ketika kakak ipar tinggal bersama, ujarnya, dia dan adik-adik sentiasa menikmati air tangan wanita terbabit.
"Aku tak boleh lupakan yang dia selalu masakkan untuk aku dan adik-adik.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar buta perut, suruh mengasuh anak-anak tapi tak bagi upah... Hujung minggu pun kena jaga sebab nak main boling!
ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua
"Masa tu dia tinggal bersama dengan keluarga aku," tambahnya yang mengakui rasa sedih apabila mengenangkan kebaikan kakak iparnya.
Lebih menambah rasa pilu apabila dia tidak lagi dapat berhubung dengan kakak iparnya kerana nombor telefon telah disekat.
- Wanita rindu bekas kakak ipar yang baik dan penyayang.
- Katanya sering bantu dan masakkan untuk keluarga.
- Sedih bila teringat jasa kakak ipar itu.
- Kini tak boleh hubungi sebab dah disekat.
- Netizen nasihat beri masa dan ruang untuk pulih.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Selain berkongsi pengalaman mempunyai ipar yang baik, ramai yang memintanya cuba menghubungi wanita terbabit menggunakan nombor baharu.

Antara reaksi netizen.
"Dia tengah proses recover sedih dan trauma, bagi dia masa... kadang-kadang berhubung dengan orang berkaitan boleh buat seseorang terkenang kisah pahit.
"Mesti dia terlalu kecewa sampai sekat nombor.
"Saya pun ada bekas kakak ipar yang baik, tak pernah berkira dan selalu ada apabila diperlukan," demikian reaksi netizen.


