suria

Pernah 'check in' bersama, pemuda ragu-ragu nikahi tunang terlalu 'open'... Suka borak seks dengan rakan lelaki

Lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu menjaga batas agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN ramai dalam kalangan kita menganggap golongan lelaki gemar melakukan jenaka seksual dan berbual lucah sesama mereka.

Namun, tingkah laku ini sebenarnya tidak terhad kepada lelaki kerana sebahagian wanita turut gemar berbual hal lucah.

Di platform X, seorang pemuda berkongsi cerita mengenai tunangnya yang didakwa gemar berbual lucah bersama rakan lelakinya.

Setiap lelaki pastinya mengimpikan wanita yang baik untuk dijadikan isteri. -Gambar hiasan AI

Dalam perkongsian itu, dia juga meminta pandangan warga maya sama ada wajar baginya membatalkan pernikahan yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

"Aku ni lagi beberapa bulan nak kahwin. Tunang aku suka bergurau senda, borak censored stuff dengan lelaki lain.

"Bila aku tegur, dia kata aku tak open minded. Kawan-kawan dia relax je cerita pasal 'jilat' semua. Dia siap openly cerita macam mana kami check in.

  • Lelaki akui tak suka sikap tunangnya yang suka berborak lucah.
  • Dia mendakwa wanita itu suka berborak lucah dengan kawan-kawan lelaki.
  • Namun, lelaki itu secara terbuka mengaku pernah 'check in' dengan tunangnya.
  • Netizen selar lelaki itu yang dianggap tiada beza dengan buah hatinya.

"Kau rasa lepas kahwin dia akan berubah ke? Adakah aku patut angkat kaki sekarang?" soal lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen memberi saranan kepada lelaki itu untuk tidak meneruskan hubungannya.

"Angkat kaki sekarang. 'Kepala otak' dia sembang dengan kawan lelaki macam tu. Dia dah normalize cerita aib dekat kawan-kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati, lelaki disangka jodoh ajak borak lucah! Tiba-tiba cerita tidur tak pakai seluar, balas sepatah makin galak

ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial... Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh

"Tinggalkan dia. Entah-entah dia dark side (DS). Lebih baik kau angkat kaki," saran beberapa netizen.

Namun, segelintir pelayar X turut menyelar lelaki itu yang secara terbuka mengaku pernah melakukan perkara terkutuk bersama tunangnya.

"Kau pun check in dengan dia lepas tu kau nak judge dia pula? Kau dengan dia dua kali lima. Kalau dah kahwin, harap bodoh tu tak turun dekat anak-anak.

Segelintir individu bagaikan tiada rasa malu apabila secara terbuka berbicara soal maksiat di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Pekat betul bodohnya. Ingat check in sebelum kahwin tu benda baik ke? Kau dengan dia pun dah buat benda tak baik.

"Setakat gurau macam tu normal je untuk seseorang yang dah check in sebelum kahwin. Kahwin sajalah, berubah sama-sama," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah diharamkan dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Artikel Lain