PERGADUHAN sudah menjadi asam garam dalam rumah tangga yang mana ketika itulah pasangan suami dan isteri diuji.
Di Thread, tular kisah seorang wanita yang berkongsi bagaimana suami berjaya mengambil hatinya selepas berlaku salah faham antara mereka.
"Kami gaduh dalam WhatsApp. Masing-masing tak bercakap. Aku cakap dekat anak yang aku nak basuh rambut. Penat tapi kepala dah gatal.

Pergaduhan merupakan lumrah dalam perkahwinan. -Gambar hiasan AI
"Aku kata, kan best kalau ada orang mandikan mama macam mama mandikan adik. Tengah-tengah mandi, suami tiba-tiba buka pintu. Dia tenung, kita pun tercengang.
"Tiba-tiba dia ambil bangku, tarik aku duduk. Dia ambil gayung, siram kepala aku dan syampu rambut, urut ala-ala spa," imbasnya.
Jelas wanita itu, dia kaku tanpa bicara selama beberapa minit kerana terkejut dengan tindakan suaminya.
- Wanita kongsi cerita pergaduhannya dengan suami di Thread.
- Dia 'cair' selepas dimandikan suaminya ketika sedang bergaduh.
- Disebabkan tindakan romantis itu, pergaduhan mereka akhirnya tamat.
- Ramai netizen puji tindakan romantis lelaki itu.
Namun disebabkan tindakan romantis suaminya itu, mereka akhirnya berbaik semula.
"Dalam hati memang 'cair', hilang semua kemarahan, rasa tak puas hati. Tinggal perasaan rindu je. Teruslah kami berhenti bergaduh. Nasib baik tak buka buku pink (hamil) lagi," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap suami wanita itu yang bijak dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Romantis kalah orang muda, wanita mula kenal siapa bapa tiri lepas tercuri baca mesej untuk ibu
ARTIKEL BERKAITAN: Suami rimas isteri suka mesej, semua benda nak 'update'! Tak larat jawab soalan remeh, 'lapor' makan apa
Malah, beberapa netizen turut berkongsi cara suami mereka memujuk setiap kali berlakunya pergaduhan.
"Suami saya lain. Kalau kita mengamuk dan marah, mesti dia basuh dan lipat baju. Kalau rajin, dia tolong mop.

Isteri pasti bahagia jika dikurniakan suami yang romantis. -Gambar hiasan AI
"Teringat suami sendiri. Bini basuh rambut, dia siap-siap pegang pengering rambut. Basah-basah terus naik tilam.
"Baca orang punya kebahagiaan pun rasa nak menangis. Alahai jiwa sensitif betul," tulis beberapa netizen.


