suria

Anak ‘fresh grad’ rancang beli kereta, mak ayah nampak peluang kaut rebat tunai RM4,000! Tergamak minta penasihat jualan rahsiakan

Segelintir ibu bapa menjadikan anak sebagai sumber kewangan mereka. -Gambar hiasan

HANTARAN seorang penasihat jualan kenderaan mengundang perhatian ramai apabila dia mendedahkan sikap pasangan suami isteri yang sanggup mempergunakan anak sendiri demi memenuhi keinginan peribadi.

Dilema dengan situasi dialami, lelaki ini cuba mendapatkan pandangan netizen bagi mengatasi masalah dialami.

Menurutnya, pasangan suami isteri terbabit memintanya merahsiakan rebat tunai berjumlah RM4,000 yang akan diperoleh selepas anak mereka membuat pembelian kereta.

Sumber kewangan antara perkara utama sebelum membuat pembelian kenderaan. -Gambar hiasan

Sumber kewangan antara perkara utama sebelum membuat pembelian kenderaan. -Gambar hiasan

"Macam mana nak cakap dengan cara paling sopan dan tidak menyinggung hati ibu bapa yang gunakan nama anak fresh grad beli kereta.

"Mereka nak rebat tunai tapi minta saya rahsiakan jumlah RM4,000 daripada pengetahuan anak," ujarnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual kereta, isteri terkilan saudara mara beli dengan jurujual lain... Ramai mengaku takkan beli daripada orang dikenali

ARTIKEL BERKAITAN: Gearbox lingkup lepas keluar kedai! Lelaki susah hati kena bayar RM4,000... Makin rasa teraniaya pihak ‘used car’ lepas tangan

Katanya, situasi dialami itu membuatkan dia serba salah kerana bimbang tindakan tersebut akan menjejaskan kepercayaan antara pelanggan dan pihak jualan.

Tambahan pula gaji anak pasangan terbabit disifatkannya sangat rendah namun masih berpeluang membuat pinjaman kewangan bagi pembelian kenderaan.

  • Jurujual kenderaan dedah dilema bila ibu bapa guna nama anak beli kereta.
  • Pasangan itu minta rahsiakan rebat tunai RM4,000 daripada pengetahuan anak.
  • Jurujual serba salah kerana risau hilang kepercayaan pelanggan.
  • Anak dikatakan bergaji rendah dan tanggung bayaran kereta sendiri.
  • Netizen simpati, nasihat jurujual supaya berterus terang secara profesional.

"Nak buat proses pembelian pun rasa tak seronok… saya kesian dekat adik (pembeli) tu. 

"Gaji pun rendah, cukup-cukup makan je," tambahnya sambil menyatakan bayaran ditanggung sepenuhnya oleh anak pasangan tersebut.

Warga maya memintanya berterus terang dengan anak pasangan terbabit.

Warga maya memintanya berterus terang dengan anak pasangan terbabit.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib anak pasangan terbabit.

Ramai menasihatkan agar ejen berkenaan berterus terang secara profesional supaya tiada pihak yang terasa hati atau ditindas.

"Inilah yang saya cakap, jangan beranak pinak hanya kerana nak jadikan mereka sebagai punca kewangan.

"Saya pernah kerja bahagian jualan, saya cari si anak (pemberi) dan terangkan sebab dia berhak tahu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain