suria

Lepas dua bulan beli rumah, lelaki diuji hilang pekerjaan! Terpaksa jual barang peribadi bagi anak-anak makan

Setiap bapa berharap dapat memberikan kemewahan dan keselesaan buat anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa terkilan dan tertekan selepas diberhentikan kerja hanya dua bulan selepas menandatangani borang pembelian rumah.

Menurutnya, rumah tersebut dibeli kira-kira dua tahun lalu selepas mengira kemampuan kewangan.

Malah katanya, pada masa itu, pendapatannya boleh dianggap stabil dan mampu menampung semua komitmen.

Pinjaman kewangan sering dibuat untuk pembelian rumah. -Gambar hiasan

Pinjaman kewangan sering dibuat untuk pembelian rumah. -Gambar hiasan

Namun, takdir berubah apabila dia kehilangan pekerjaan tidak lama kemudian, menyebabkan beban hutang rumah, kereta dan tanggungan keluarga menghantui hidupnya hingga kini.

"Saya beli rumah dalam dua tahun dah. Waktu beli rumah tu kerja saya okey, selepas buat kira-kira boleh tampung semua komitmen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena pecat tapi tak sanggup beritahu isteri, anak kena sawan sebab berlengah bawa ke hospital - “Sebelum ni ada klinik panel”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!

"Tapi selepas dua bulan tandatangan borang tu, saya diberhentikan kerja.

"Sekarang saya masih terkial-kial untuk bertapak semula dengan kerja lain," luahnya di Thread.

  • Lelaki kecewa hilang kerja dua bulan lepas beli rumah.
  • Kini dibebani hutang rumah, kereta dan nafkah keluarga.
  • Nafkah isteri terabai, barang rumah terpaksa dijual.
  • Cuba mohon AKPK tapi tak layak kerana pinjaman baru.
  • Netizen simpati, kongsi cara tambah pendapatan.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia mengakui nafkah terhadap isteri turut terabai selain terpaksa menjual beberapa barangan rumah yang berharga.

"Anak-anak pun cukup makan je. Allah saja yang tahu kegusaran hati ini macam mana," tambahnya lagi.

Berusaha untuk keluar daripada bebanan hutang tersebut, dia turut meluahkan hasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Warga maya memberi beberapa cadangan kepadanya.

Warga maya memberi beberapa cadangan kepadanya.

Namun katanya, pembiayaan pinjaman yang dilakukan masih di bawah tempoh lima tahun dan dia mendakwa dimaklumkan tidak memenuhi syarat kelayakan.

Luahannya itu mengundang simpati warga maya sehingga ada yang berkongsi kaedah untuknya menambah pendatapan.

"Kerja dengan warehouse untuk dapat gaji tunai, boleh dapat seratus lebih. Selalunya masa sales mereka nak pakai pekerja sambilan.

"Saya doakan semoga segala urusan saudara sekeluarga dipermudahkan dan dilapangkan rezekinya.

"Kena buat kerja sambilan, rumah tu jual je. Sewa yang murah-murah, paling penting makan anak isteri terjaga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain