UNGKAPAN sayang dan cinta bukanlah perkara utama bagi kaum wanita selepas bergelar isteri.
Sebaliknya mereka mendambakan perhatian dan kepekaan pasangan dalam segala urusan meskipun ia sering dianggap remeh oleh kebanyakan lelaki.
Seperti wanita ini, dia mula mengambil langkah berdiam diri selepas kecewa dengan sikap suami yang seolah-olah enggan bergambar dengannya.

Ramai yang mengabadikan kenangan melalui gambar. -Gambar hiasan
"Suami aku selalu buat muka malas apabila aku ajak bergambar bersama atau aku ambil gambar dia tengah beraktiviti.
"Dia tak pernah pun ambil gamar aku, kena minta kalau aku nak bergambar," luahnya di Thread.
Perasaan kecewa yang menyelubungi diri membuatkan dia mula tidak mempedulikan suaminya dalam soal bergambar dan hanya merakam kenangan secara solo.
ARTIKEL BERKAITAN: “Post sebagai tanda masih hidup” - Rupanya masih ramai tahu jaga privasi, tak suka tayang hal peribadi di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Suka kongsi gambar makanan, wanita serabut sering ditegur ahli keluarga - “Penyakit ain celah mana?”
Malah, gambar suami juga tidak lagi diambil dan disimpan dalam galeri telefonnya seperti kebiasaan.
"Aku dah tak ajak dia bergambar dan tak ambil gambar dia... aku banyak ambil gambar sendiri je.
"Dekat berbulan-bulan juga sampai ia dah jadi habit baru aku. Sehinggalah satu hari tu, kami pergi mendaki dan selepas balik tu dia tanya ada tak gambar dia.
- Wanita kecewa suami tak pernah ambil gambarnya.
- Suami selalu buat muka malas bila diajak bergambar.
- Isteri nekad berhenti ambil gambar suami.
- Suami terkejut bila tiada gambarnya dalam telefon.
- Ramai wanita setuju dan kongsi pengalaman sama.
"Tapi satu pun gambar dia tak ada dalam galeri telefon aku," tambahnya yang mulai selesa dengan keadaan seperti itu.
Namun tingkah lakunya itu itu mengundang reaksi kurang senang suaminya.
Susulan itu, dia mengembalikan 'paku buah keras' dengan mengingatkan agar suaminya membuat permintaan jika dia ingin bergambar.

Warga maya turut bersetuju dengan tindakannya itu
Menurut pengadu lagi, dia nekad untuk melakukan perkara tersebut selepas menyaksikan beberapa insiden suaminya bergambar bersama rakan.
"Kalau dengan kawan, jumpa di pasar raya pun rajin angkat telefon untuk 'selfie', senyum lebar," tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen terutama golongan wanita yang memahami perasaannya kerana melalui situasi sama.
"Suami aku pun sama, jadi aku buat bodoh... tak mahu bergambar sudah.
"Ramai juga lelaki tak suka bergambar, samalah kita. Jadi saya suka ambil gambar dengan anak sebab dia tak pernah beri kerjasama.
"Cakap dengan dia yang kita ni tak tahu hidup berapa lama lagi, nanti kalau katakan saya 'pergi' dulu, tak ada satu pun gambar kenangan untuk awak tengok," demikian reaksi netizen.


