SEORANG wanita tampil menasihati para suami agar memantau pemakaian isteri masing-masing kerana dikhuatiri terdedah hingga ternampak bahagian tidak sepatutnya.
Menurutnya, dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka dia melihat seorang wanita yang kelihatan sangat cantik bersama suaminya.
Disebabkan terlalu memerhatikan telatah pasangan tersebut, dia tersedar pakaian yang digayakan wanita itu agak terdedah.
Suami perlu menegur pakaian yang digayakan isteri. -Gambar hiasan AI
"Dia pakai kemeja, tapi antara butang dengan butang tu nampak dalam. Aku nak tegur tapi anak-anak dah tarik aku pergi rak lain.
"Wahai wanita, tolong la biasakan pakai inner kat dalam. Kepada para suami pula tolong tengok isteri dulu sama ada okey ke tak pemakaiannya, kadang tak perasan," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Pagi-pagi dah 'belanja' lekuk! Geng ibu disaran pakai sopan, jaga air muka anak di sekolah... Ramai kena ejek di kelas
ARTIKEL BERKAITAN: Lucu mak mentua terlebih ‘sporting’! Suka gaya ranggi, suruh pakai ketat macam zaman 'freehair' - "Nampak gemuk baju besar"
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mendakwa bukan mudah untuk menegur cara seseorang itu berpakaian.
- Wanita nasihat suami periksa pakaian isteri sebelum keluar bagi elak aurat terdedah.
- Dia ternampak wanita berpakaian agak terbuka di kedai serbaneka.
- Nasihat agar wanita biasakan pakai inner untuk keselesaan dan sopan.
- Netizen kongsi pengalaman ditegur atau menegur tapi disalah faham.
- Ada yang trauma nak tegur lagi selepas dimarahi walau niat baik.
Menurut mereka, niat baik untuk menegur saling disalah erti dengan mereka pula dianggap menyibuk dengan urusan orang lain.
Reaksi warga maya
“Saya bisik baik-baik, cakap butang baju dia terbuka. Terus dia tengking... kau apa hal betina, sibuk hal orang. Suka hati aku la badan aku, bukan kau.
“Saya juga pernah bisik... you nampak bra. Dia boleh jawab tak mengapa. Sejak tu saya dah tak tegur siapa-siapa lagi.
“Masa darjah tiga, saya tegur cikgu sebab seluar dia nampak bontot. Dia marah aku... lain kali jaga bontot masing-masing tak payah sibuk hal orang," kata sebahagian warga maya.


