suria

Lelaki buat peringatan berani, minta jangan cari jodoh suka tayang ‘content’ memasak di media sosial - “Mereka hanya nak pancing”

Aktiviti memasak di dapur sering dijadikan content di media sosial. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki menasihati kaum Adam agar tidak mudah terpedaya dengan wanita yang sering memuat naik gambar atau video memasak di media sosial.

Lelaki berkenaan mendakwa golongan wanita hanya berpura-pura kononnya mereka pandai memasak bagi menarik perhatian golongan jejaka.

Namun hakikatnya selepas berkahwin, kaum Hawa akan memberikan pelbagai alasan agar mereka dapat pengecualian daripada memasak.

Suami yang rajin membantu isteri di dapur idaman setiap wanita. -Gambar hiasan AISuami yang rajin membantu isteri di dapur idaman setiap wanita. -Gambar hiasan AI

"Dalam cari calon isteri, jangan terpedaya dengan posting dia masak-memasak. Takut itu hanya satu kepura-puraan saja nak pancing kita. 

"Sebab apabila dah kahwin nanti akhirnya lelaki kena game (perdaya). Mereka akan kata memasak bukan tugas isteri. Checkmate korang," dakwa lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ikut perangai mentua, suka lena depan TV sampai Subuh... Langsung tak hirau hukum berpisah tempat tidur dengan suami!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sedar diri asalnya keluarga B40!” - Suami kecewa isteri lupa daratan lepas kahwin... Suka boros, berlagak ‘princess’ dalam rumah

Tambahnya, lelaki perlu memilih pasangan yang memiliki keseimbangan antara pelajaran dan rupa paras.

Selain itu, dia turut menegaskan bahawa kecantikan kadangkala mampu melembutkan hati suami walaupun isterinya tidak rajin.

  • Lelaki nasihat kaum Adam jangan mudah percaya wanita yang tunjuk pandai masak di media sosial.
  • Dakwanya, ada yang berpura-pura pandai masak sebelum kahwin.
  • Selepas kahwin, alasan diberi bahawa masak bukan tugas isteri.
  • Lelaki itu sarankan pilih wanita berpelajaran dan cantik.
  • Netizen wanita terhibur, akui kadang malas tapi bukan berpura-pura.

“Pilih yang ada pelajaran dan kecantikan. Kalau pemalas tapi cantik, kuranglah sikit sakit hati berbanding muka yang biasa-biasa tapi pemalas,” ujarnya.

Kenyataan itu mengundang ketawa dalam kalangan netizen wanita yang bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

Reaksi netizenReaksi netizen

Golongan itu mengakui ada ketikanya mereka malas untuk memasak dan berharap perkongsian itu tidak dibaca bakal suami mereka.

"Saya setuju walaupun saya perempuan. Dulu awal nikah saya sediakan bekal untuk suami, lepas 10 tahun saya suruh suami buat bekal untuk anak.

"Kenyataan ni jangan sampai ke bakal suami saya ya. Saya memang suka tayang masakan tapi tak scam. Tapi kalau hari malas tu, terima dengan reda je la.

"Jujur je, dalam taaruf cerita la. Cakap awal-awal cuma boleh masak seminggu sekali. Benda remeh boleh bincang, jangan menipu je," katanya.

Artikel Lain