SEORANG wanita bimbang dengan perubahan sikap ibunya selepas warga emas berusia 64 tahun itu berkenalan dengan lelaki melalui aplikasi janji temu, Omi.
Menurutnya, dia tidak pernah menghalang ibunya untuk berinteraksi di media sosial kerana memahami kesunyian selepas kematian bapanya.
Namun, dia mula risau dan sangsi apabila mendapati ibunya menipu di dalam aplikasi tersebut kononnya baru berusia 43 tahun.
Setiap pasangan akan merindui dan berasa sunyi apabila kehilangan insan dicintai. -Gambar hiasan AI
Bercerita lanjutr di Facebook, pengadu berkata perkenalan ibunya dengan pemuda berkenaan semakin serius apabila mereka merancang untuk bertemu.
"Ada satu hari tu ibu beritahu ada seorang lelaki yang dia kenal nak jumpa. Saya tak halang pun, berkawan apa salahnya.
"Malam tu dalam pukul 10, ibu dah siap-siap katanya nak jumpa depan rumah je. Tapi pukul 1 pagi pun ibu tak jumpa juga," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas dari Segamat datang Melaka jumpa kekasih dicekup khalwat! Rayu tak diambil tindakan, malu anak-anak tahu
ARTIKEL BERKAITAN: Semua ‘salah’ roti nan tandoori! Bekas suami isteri ditangkap khalwat, cinta kembali berputik lepas habis idah
Disebabkan terlalu lewat, wanita itu yang juga ibu tunggal tertidur di ruang tamu dan terjaga pada pukul 5 pagi selepas terdengar bunyi pintu terbuka.
"Kemudian dalam 15 minit lepas tu, ibu mundar mandir, kejap masuk rumah, kejap keluar bilik. Masa tu saya tidur-tidur ayam je, jadi tau apa yang terjadi.
"Kemudian saya ternampak kelibat lelaki masuk dalam rumah, saya pun terus bangun dan marah pada ibu. Tanya kenapa bawa masuk lelaki.
"Ibu cakap lelaki tu cuma nak minum air namun saya pertikaikan alasan tu sebab dia bukan mahram, selain takut dia berniat jahat," katanya.
- Wanita risau ibu 64 tahun kenal lelaki di aplikasi janji temu.
- Ibu menipu umur dan rancang jumpa lelaki itu.
- Anak tersedar lelaki masuk rumah awal pagi.
- Ibu pertahan lelaki, marah anak kerana menegur.
- Netizen cadang ibu dikahwinkan semula.
Tambahnya, lelaki itu pada mulanya enggan beredar namun akhirnya akur selepas diugut untuk dilaporkan kepada polis dan memberitahu adik-beradik yang lain.
Lebih mengejutkan, ibunya bertindak mempertahankan lelaki berkenaan dan memarahinya kerana menegur perbuatan itu.
"Esoknya ibu berkurung dalam bilik, tiga hari dia tak tegur saya. Salah ke saya tegur perbuatan yang salah?
"Bagi sesiapa yang ada aplikasi tu buang la, jantan dalam tu semua gila seks," katanya.
Reaksi netizen
Sementara itu, netizen menasihatkan wanita terbabit supaya memberitahu kepada adik-beradiknya dan membenarkan ibu mereka berkahwin.
"Beritahu adik-beradik, izin je dia kahwin lain. Nasihat, jangan bagi laki masuk dalam rumah buat maksiat.
"Awak cari pakcik pencen jadikan suami ibu awak. Ibu awak nak bersuami la tu, mungkin dia sunyi.
"Awak cari jodoh untuk mak daripada dia terus merapu nak berbuat zina. Lebih baik kahwinkan dia," kata warga maya.


