SEORANG bapa berkongsi pandangannya tentang kriteria isteri yang wajar dijadikan pilihan oleh anak-anak lelakinya.
Menurutnya, dia mendidik anak-anak yang merupakan lepasan tahfiz agar memilih isteri yang berdisiplin, berakhlak dan menghormati suami dalam setiap aspek kehidupan.
Malah, lelaki itu juga memberi penekanan terhadap memilih calon isteri yang sanggup hidup berpoligami.
Ramai isteri enggan bermadu kerana suami kurang berkemampuan. -Gambar hiasan
“Saya didik anak-anak lelaki supaya cari isteri yang suami tak perlu selalu ditanya untuk buat keputusan, tidak panggil suami dengan panggilan ‘awak’ kerana ia petanda tidak hormat.
"Selain itu cari perempuan yang tidak suka tayang diri di media sosial, tidak bersolek di khalayak, dan sanggup bermadu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami... Setuju poligami tapi bersyarat
Perkongsian itu mendapat kecaman ramai terutama dalam kalangan wanita yang tidak bersetuju dengan didikannya yang mengajak anaknya berpoligami.
"Bab poligami tu kena didik kalau mampu, duit tak habis makan baru boleh. Bukan jadi laki lembik tau nak madu je tapi tiada duit.
- Bapa nasihat anak lelaki pilih isteri berakhlak dan hormat suami.
- Isteri jangan suka tayang diri atau bersolek di khalayak.
- Calon isteri perlu sanggup hidup bermadu.
- Pandangannya dikecam ramai, terutama golongan wanita.
- Dia jelaskan poligami bukan wajib, cuma mahu isteri yang matang dan reda.
"Laki aku didik (anak) dengan ilmu agama. Bukan didik tiba-tiba suruh cari perempuan boleh bermadu... bodoh," kata netizen.
Susulan kecaman ramai, individu berkenaan tampil menjelaskan tentang perihal poligami yang dimaksudkannya.
Reaksi warga maya
Ujar lelaki yang mempunyai dua orang isteri itu, dia bukan mewajibkan anak-anaknya berpoligami, sebaliknya menasihati agar memilih pasangan yang matang dan mampu menerimanya.
“Saya tak kata mereka mesti berpoligami, tapi kalau nak cari jodoh, carilah perempuan yang mampu bermadu supaya esok jika ingin berpoligami tak jadi masalah.
"Kalau tak perlu poligami, tak payah. Tapi biarlah pilih yang kuat dan reda,” katanya.


