suria

Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami... Setuju poligami tapi bersyarat

Menambah ilmu sebelum berkahwin membantu pasangan bakal mendirikan rumah tangga menjadi individu yang lebih baik.

KEBIASAANNYA ketika fasa bertunang setiap pasangan membuat persediaan rapi bagi menghadapi alam perkahwinan.

Antaranya memastikan sudah mempunyai tempat untuk tinggal bersama, menyediakan perkakasan rumah dan sebagainya.

Namun berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia membuat persiapan mental dan fizikal seandainya bakal suami memilih untuk berpoligami.

Poligami menuntut suami menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan adil. -Gambar hiasanPoligami menuntut suami menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan adil. -Gambar hiasan

"Saya tanya tunang, bagaimana kalau tiba-tiba dia ada perempuan lain lepas kami kahwin.

"Bagi saya selagi dia balik rumah, bagi nafkah cukup, jalankan tanggungjawab sempurna. 

"Saya kena belajar sabar dan ikhlas untuk poligami. Tapi waktu tu dia cuma dapat isteri taat tapi cinta dah tiada," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tua nak ‘rehat’, suami gaji RM28,000 dapat izin poligami... Malangnya tak jumpa calon nombor 2 - “Testosteron saya tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: Cuma mampu beri 4 anak, isteri izin suami poligami atas alasan mahu lebih ramai zuriat... Sudahnya mental kena cerai!

Wanita itu turut mengingatkan tunangnya bahawa dia akan meminta cerai jika lelaki itu melakukan perkara bertentangan dengan agama.

"Tapi kalau dah sampai berzina, tak balik, nafkah culas dan tak jalan tanggungjawab saya akan minta cerai.

"Saya belajar sesuatu nak jadi perempuan kena ada ilmu," katanya lagi.

Nak jadi perempuan kena ada ilmu.

BAKAL ISTERI

Jelasnya, dia ingin menambah ilmu kerana tidak mahu menjadi wanita yang dibenci Allah.

"Saya paling lemah dengan orang ketiga. Jadi sebab itu saya tengah fahamkan soal poligami dan sebagainya.

"Saya tak nak jadi perempuan yang Allah benci sebab minta cerai atau tolak poligami," tegasnya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen di media sosial.

Warga maya yang membaca perkongsian wanita itu mengingatkannya supaya berhati-hati dengan kata-katanya kerana ia adalah doa.

"Saya pernah cakap dengan suami ketika awal kahwin, kalau saya tiada kaki dia nak dekat saya lagi ka tak?

"Beberapa tahun lepas tu, sebelah kaki saya kena potong sebab kanser. Jangan nak 'kalau' kerana ia adalah doa," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain