suria

Pelajar IPT miskin kutip makanan tong sampah, siap kumpul buat jamuan... Perut kebal, tak sakit sebab dah terbiasa

Segelintir individu diuji dengan kesusahan hidup. -Gambar hiasan

PELAJAR universiti terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dengan ada yang hidup senang sejak lahir dan ada pula membesar dalam keadaan serba kekurangan.

Bagi pelajar miskin, mi segera amat sinonim dalam rutin kehidupan mereka di kampus.

Seorang pemuda menceritakan pengalaman kehidupannya di kampus apabila kehabisan duit belanja.

Mi segera begitu sinonim dengan kehidupan pelajar di kampus. -Gambar hiasan

Namun dia mendedahkan ketika itu mi segera bukanlah makanan 'penyelamat' yang dicari untuk mengisi perut.

"Saya tunggu orang buang makanan tak habis dekat tong sampah di sekitar kampus. Kalau makanan tu terkena sampah lain, saya basuh dan makan.

"Sampai sekarang saya boleh makan makanan basi, yang masih ada rupa makanan dan saya tak sakit perut," kongsinya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar pungut sisa KFC dalam tong sampah, terpaksa berjuang untuk hidup - “Aku pejam mata saja, lapar sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswi dari keluarga miskin cuma pandai order nasi goreng, tak tahu ikan 3 rasa... Insan baik hati belanja, taja deposit rumah sewa

Mengimbas kembali kehidupannya ketika itu yang belajar di peringkat ijazah sarjana muda, dia mengakui cabaran yang perlu dilalui bukan calang-calang.

"Bila saya tak ada duit, kawan saya perkenalkan konsep 'semua makanan yang boleh dimakan adalah makanan'. Sejak hari itu, saya dan rakan sebilik tunggu je orang buang makanan dalam tong sampah.

Sedih, tapi kadang lawak bila ingat balik.

NETIZEN

"Dalam sehari, memang banyak makanan dari tong sampah dan kami buat jamuan guna makanan tu. Kami ajak rakan bilik sebelah datang makan. Mereka makan tanpa tanya apa-apa. Esoknya baru cakap makanan tu dari tong sampah," ujarnya.

Banyak pilihan sajian bagi memenuhi citarasa pelanggan. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati terhadap kesusahan yang dialaminya sepanjang bergelar mahasiswa.

Lebih mengejutkan apabila ada juga yang tampil  mengakui senasib dengannya apabila betindak sama menikmati makanan dibuang orang lain.

"Makan roti dalam tong sampah.

"Sedih, tapi kadang lawak bila ingat balik.

"InsyaAllah, Allah mewahkan rezeki kau, dan kurniakan kemudahan untuk urusan dunia dan akhirat," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain