suria

Pertama kali balik kerja lewat malam, terkejut tengok suasana dalam LRT... Wanita akui hakikat 'hidup di KL memang keras!'

Ramai warga kota menggunakan LRT sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja. -Gambar hiasan

MENJADI sebahagian warga kota Kuala Lumpur (KL) dan kawasan sekitar, menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT merupakan perkara biasa.

Bagi mereka yang menaiki kereta, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hampir setiap hari juga sudah sebati dalam kehidupan.

Seperti wanita ini, dia juga sering menggunakan khidmat LRT sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja.

Ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. -Gambar hiasan

Dia bagaimanapun terkejut melihat satu senario yang tak disangka-sangka sewaktu menaiki LRT untuk pulang ke rumah pada waktu malam.

"Weh, agak terkejut. Balik rumah naik LRT pukul 10.30 malam, tren masih penuh dengan orang-orang kerja di pejabat yang baru sama-sama nak balik rumah.

"Hidup dekat KL dan Selangor ni memang betul-betul 'keras' (mencabar) ye," katanya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos tinggi, gadis Kedah persoal syarikat panggil ‘interview’ di KL... Anggap ‘redflag’ jika tak boleh pertimbang buat ‘online’

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 4K, kerja luar bandar tapi teringin berhijrah sebab tengok rakan seronok cari rezeki di KL... Individu disaran fikir panjang

Bercerita lanjut, wanita berkenaan memaklumkan dia tinggal berdekatan dengan stesen LRT, sekali gus memudahkan pergerakannya ke tempat kerja dan lokasi lain sekitar ibu negara.

"Saya guna pengangkutan awam setiap hari selama hampir tiga tahun untuk pergi kerja. Tapi saya jarang guna pengangkutan awam selepas pukul 9 malam.

Kita masih perlu keseimbangan kerja dan kehidupan.

NETIZEN

"Jadi semalam, pertama kali naik waktu malam. Itu yang tak jangka malam pun masih penuh macam pukul 6 petang tu," ujarnya.

Apa yang lebih mengejutkan, segelintir mereka masih melakukan kerja pejabat ketika menaiki pengangkutan awam dalam perjalanan pulang ke rumah.

Gelagat pengguna yang menggunakan pengangkutan awam. -Gambar hiasan

"Semalam penuh orang pejabat. Mereka pakai kemeja putih, vest bawa laptop. Ada yang sambung buka laptop dalam LRT juga. Mungkin mereka sambung buat kerja, saya memang terkejut sikit," katanya.

Meskipun dia baru pertama kali melihat suasana sebegitu, namun rata-rata netizen di ruangan komen tidak terkejut dengan penceritaannya.

Bagi mereka, senario itu merupakan sebahagian daripada cabaran untuk mencari rezeki tetapi tidak boleh menolak hakikat manusia masih memerlukan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

"Tak terkejut sebab hari ini hidup memang 'keras'. Tapi kita masih perlu keseimbangan kerja dan kehidupan. Jika seseorang itu workaholic, biarkan mereka enjoy dengan kerja mereka la.

"Normal je sis. Saya anak jati KL, kalau naik pengangkutan awam selagi tren tu tak tutup orang tetap ramai. Dulu mungkin tak berapa ramai. Sekarang banyak perubahan waktu bekerja tu yang sampai malam pun ramai.

"Hidup dekat KL/Selangor ni memang 'keras'. Tapi apa yang lebih 'keras', hati orang-orang yang masih bertahan. Bukan KL yang kejam, tapi hidup dewasa yang tak pernah bagi rehat," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain