suria

Lima jam biar bayi 5 bulan berlapar, bapa mengasuh di rumah tak bagi susu! - “Dia sumbat puting sampai tidur”

Ibu bapa perlu memainkan peranan bersama dalam membesarkan anak. -Gambar hiasan

BELUM hilang sakit bersalin, seorang ibu muda diuji pula dengan kesusahan hidup apabila dia terpaksa menanggung sebahagian besar komitmen keluarga.

Dakwa wanita berkenaan, suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik walaupun usia anaknya baru memasuki lima bulan.

Demi meneruskan kelangsungan hidup dan memastikan anaknya sentiasa diberikan perhatian, dia terpaksa mencari rezeki di waktu orang lena diulit mimpi.

Saling memahami dan bertolak ansur merupakan kunci kebahagiaan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Nak keluar buat kerja pukul 3 pagi, tapi itulah saya tak percaya kat suami sebab dia pernah tak bagi susu selama lima jam kat anak.

"Anak menangis lapar nak susu, dia sumbat puting sampai anak aku usia lima bulan lelap mata balik. Ya Allah, aku nak cari duit pun fikiran tak tenang," luahnya tanpa mendedahkan pekerjaan yang dilakukannya itu.

Menerusi hantaran sama di laman sosial, dia mengimbas kembali keadaan suaminya menjaga anak kecilnya itu ketika dia keluar bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dalam pantang lega dapat pengasuh luar biasa rajin! Bukan setakat baju, selipar anak pun dibasuh... Siap tawar diri kerja hujung minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kesan calar pada anak... Wanita tak sangka pengasuh takut, terasa hati! Terus 'resign', suruh cari pengganti

"Aku keluar hari tu, telefon suami sebab nak ingatkan dia supaya bagi susu kat anak. Dia boleh set flight mode kat telefon.

"Aku hantar WhatsApp pun dia tak balas, alarm bunyi pun dia tak bangun. Stres aku kahwin dengan orang macam ni," ujarnya.

Kita kerja sebab nak bantu ekonomi keluarga, tapi yang dibantu pula tu tidak membantu kita.

NETIZEN

Menurut wanita itu, dia sebenarnya sudah serik untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh kerana pernah melalui pengalaman buruk sebelum ini.

"Nak kerja siang pun tak percaya nak letak anak kat pengasuh. Sebab sebelum ni pengasuh pernah bedung kaki dan tangan anak.

"Kemudian tiarapkan dia. Lepas tu bagi susu dalam keadaan meniarap," jelasnya.

Namun pada masa sama dia tiada pilihan lain dengan keluar bekerja demi menanggung kos sara hidup bersama suami dan anak.

Anak kecil perlu diberikan perhatian setiap masa. -Gambar hiasan

"Aku stres la, dah la bayaran balik loan kereta tertunggak ni, loan rumah pun tertunggak. Nak cari duit, malam jelah boleh keluar sebab bergilir jaga anak.

"Tapi suami pula tak boleh diharap. Ya Allah bantulah aku. Tak tenang nak keluar bekerja, asyik fikir anak je," luahnya lagi.

Luahan wanita itu mengundang simpati dalam kalangan netizen terutamanya ibu-ibu, pada masa sama membangkitkan kemarahan mereka kerana sikap suami pengadu yang mengabaikan anaknya sendiri.

"Baik tak payah ada suami. Kalau suami cari duit cukup tak apalah jika tak tolong jaga anak. Ni apapun tak guna.

"Kita kerja sebab nak bantu ekonomi keluarga. Yang dibantu pula tu tidak membantu kita.

"Saya cadangkan awak sendiri kerja jadi pengasuh. Sekurang-kurangnya nampak anak depan mata dan pda masa sama dapat pendapatan," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia