suria

Panik tayar kereta pecah bertukar hiba... Wanita menangis pakcik tua hulur bantuan 'sebiji' macam arwah bapa

Anis merakam video menunjukkan momen ketika dibantu pakcik berkenaan.

KEJADIAN tayar kereta pecah ketika dalam perjalanan ke destinasi tertentu biasa berlaku, namun insiden ini yang dialami seorang wanita mengundang rasa sayu yang teramat.

Dalam keadaan cemas melihat tayar kereta kempis selepas menghadiri sebuah majlis di pusat beli belah di Putrajaya, wanita itu, dikenali sebagai Anis didatangi seorang lelaki warga emas yang menawarkan bantuan.

Apa yang membuatkan hati Anis luluh, penampilan dan gerak-geri pakcik tersebut saling tak tumpah seperti arwah bapanya.

Wanita ini menangis melihat pakcik yang membantu menukar tayar keretanya.

“Datang seorang pakcik ni nak tolong tukarkan tayar. Tubuh, baju, seluar dan selipar dia pakai semua sama macam arwah ayah.

"Cara dia bercakap dan senyum (sama). Ayah jenis sanggup buat apa saja untuk anak perempuan dia.

"Walaupun angkat benda berat pun dia tak bagi. Kalau ada ayah, mesti dia datang tolong,” tulis Anis dalam perkongsiannya di TikTok yang meraih perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu... Ramai sebak tonton video anak manja ini - “Dud sayang papa!”

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”

Momen lelaki tersebut membantu menukar tayar keretanya turut dirakam Anis, namun kelihatan seperti diambil secara senyap-senyap.

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut bersungguh-sungguh membantu meskipun terpaksa membuka seliparnya untuk menahan lutut ketika proses menukar tayar.

Anis turut memuat naik rakaman dirinya menangis di dalam kereta, dipercayai selepas lelaki tersebut selesai memberikan bantuan.

Kalau ada ayah, mesti dia datang tolong.

ANIS

"Tak boleh tahan nak nangis sampai masuk kereta lap air mata. Tahan nangis sampai sakit dada. Akhirnya tak boleh tahan, saya menangis juga.

"Sekejapnya ayah (hidup di dunia)... Anis rindu," luahnya lagi.

Perkongsian itu ternyata menyentuh hati ramai netizen yang juga berkongsi rasa rindu terhadap insan tersayang yang telah tiada.

Rindu seorang anak terhadap bapa yang sudah tiada sukar diucapkan dengan kata-kata. -Gambar hiasan

“Faham sangat sakit rindu pada orang yang dah meninggal ni memang tiada penghujung.

“Aduh, kita pun rindu arwah ayah. Dah menangis sekali. Macam mana ni,” antara komen netizen..

Anis dalam hantarannya tidak menyatakan bila dan di mana kejadian itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain