suria

Sedih tak terucap... Anak hantar di KLIA, 2 hari kemudian mak ayah terbang pulang untuk 'bertemu' semula di pusara

Seorang ayah tidak mampu menahan sebak kehilangan anak tersayang.

SETIAP ibu bapa sentiasa mengharapkan mereka 'pergi' dahulu menghadap Ilahi, bukannya anak-anak.

Bagi mereka yang bergelar emak atau ayah, kehilangan anak adalah satu hakikat yang sukar diterima, malah amat memedihkan.

Itulah perasaan seorang bapa, yang terpaksa reda kehilangan anak lelakinya, Muhamad Fauzan Johan, 37, akibat kemalangan di Lebuhraya Cheras-Kajang di persimpangan Jalan Hulu Langat/ Kota Cheras pada 10 April lalu.

Sepasang suami isteri kehilangan anak selepas sehari menghantar mereka ke lapangan terbang.Sepasang suami isteri dikejutkan dengan berita kehilangan anak sehari selepas mereka tiba di Sabah.

"Jatuh juga air mata seorang ayah di hadapan pusara anak. Ayah yang selama ini tak pernah tunjuk sedih.

"Kalau sakit tak nak beritahu anak-anak, tak nak susahkan anak-anak," kongsi anak perempuannya, Khaleeda Orked di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat dikebumikan, suasana sayu iringi perjalanan akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Batu nisan pengubat rindu... Ibu tak berganjak dalam hujan, setia di pusara anak lelaki - “Arwah meninggal selepas 47 hari ditidurkan”

Menurut Khaleeda, ketika Muhamad Fauzan terbabit kemalangan, ibu dan bapanya berada di Sabah yang mana sehari sebelum itu adiknya itu sempat menghantar mereka ke lapangan terbang.

"Kehilangan anak itu lebih perit buat mak ayah. Anak yang hantar mereka ke KLIA untuk berlepas ke Sabah, ternyata itu kali terakhir mak ayah dapat tatap wajahnya," katanya.

Maafkan aku Pojan, aku tiada kat sisi kau buat kali terakhir.

ABANG ARWAH

Jelas Khaleeda, ibu bapanya mendapat perkhabaran bahawa Muhamad Fauzan meninggal dunia sehari selepas tiba di Sabah untuk beraya di rumah besan di Keningau.

"Baru je sampai di Kundasang untuk jalan-jalan, dapat panggilan telefon yang sampai bila-bila pun tak akan dapat dilupakan dalam ingatan mak ayah.

"Kenangan yang sangat perit untuk ditelan tapi harus terima juga," kata Khaleeda sambil menambah dia mempunyai 10 adik beradik.

Selapas mendapat berita sedih itu, ibu bapanya terus membatalkan perancangan untuk berjalan-jalan dan bergegas ke lapangan terbang.

"Terus kejar ke lapangan terbang untuk cari tiket balik ke Kuala Lumpur, tapi sayangnya tiket habis.

"Penerbangan mak ayah balik Kuala Lumpur adalah keesokan hari," kata Khaleeda, sambil memaklumkan Muhamad Fauzan dikebumikan di Sepang, Selangor.

Anak arwah Muhamad Fauzan menenangkan bapa saudaranya. Anak arwah Muhamad Fauzan menenangkan bapa saudaranya di pusara. 

Sementara itu, abang kepada Muhamad Fauzan yang tinggal di Sabah, menerusi komen di TikTok Khaleeda menzahirkan rasa terkilan kerana dia tidak dapat mencium adiknya buat kali terakhir.

Berdasarkan video dikongsi Khaleeda, dia juga dilihat pulang ke Semenanjung dari Sabah untuk menziarahi pusara beberapa hari selepas adiknya meninggal dunia.

"Sedih hanya Allah yang tahu. Adik yang selama ini aku jaga, gaduh, nasihat, ada hobi yang sama telah pergi tinggalkan aku tanpa bagi aku lihat, cium, peluk dia.

"Maafkan aku Pojan, aku tiada kat sisi kau buat kali terakhir. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan diampuni segala dosanya amin," katanya.

Menerusi video itu, salah seorang anak kepada arwah dilihat menggosok bahagian belakang bapa saudaranya dan meminta supaya lelaki itu tidak menangis.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain