suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahana kahwin muda, gadis umur 18 tahun disyaki maut selepas dipukul suami

Suami tidak sepatutnya berkasar dengan isteri. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki mendera isterinya sehingga wanita berusia 18 tahun itu meninggal dunia.

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Misbah dilaporkan mengalami kecederaan pada 7 Jun sebelum meninggal dunia di kediamannya di Saif ul Mari Goth, Karachi, Pakistan pada 9 Jun.

Satu kes bunuh telah didaftarkan di bawah pertuduhan pembunuhan selepas aduan dibuat oleh ibu mangsa yang menuduh menantunya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya.

Pegawai penyiasat memaklumkan suspek yang tidak dinyatakan usianya itu sudah berjaya ditahan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memutuskan untuk menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. 

Kebenaran untuk penggalian semula kubur juga akan dipohon daripada mahkamah, selepas keluarga pada awalnya menolak prosedur bedah siasat sejurus selepas kematian Misbah. -Agensi.

Artikel Lain