suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luluh hati suami tengok isteri maut depan mata ditelan ular sawa - “Sebahagian badan masih dalam mulut”

Bangkai ular sawa yang dikatakan membelit dan menelan seorang wanita di Indonesia.

SEORANG wanita berusia 44 tahun ditemukan maut selepas dibelit dan ditelan seekor ular sawa sepanjang 7.8 meter ketika menguruskan ternakan lembu di ladang miliknya.

Dalam kejadian yang berlaku di Desa Ratahaya, Maluku Utara, Indonesia itu, mangsa yang dikenali sebagai Elisabet Yamalau dilaporkan keluar ke ladang pada petang Selasa lalu untuk memindahkan lembu ternakannya.

Menurut Ketua Polis Pulau Taliabu, AKBP Adnan Wahyu Kashogi, mangsa sebelum itu meminta kebenaran suaminya, Benyamin Lanto, 52, untuk ke ladang sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan).

Bagaimanapun, apabila Elisabet tidak pulang ke rumah sehingga kira-kira pukul 6.15 petang, suaminya mula berasa bimbang lalu bertindak mencarinya di kawasan ladang berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi, suami mangsa mendapati isterinya ditelan seekor ular sawa sepanjang kira-kira 7.8 meter.

"Sebahagian badan mangsa ketika itu masih berada di dalam mulut ular tersebut," katanya kepada media tempatan pada Khamis.

Terkejut dengan apa yang disaksikannya, Benyamin cuba menyelamatkan isterinya dengan menetak kepala ular berkenaan.

Namun, usaha tersebut tidak berjaya apabila mangsa sudah pun tidak bernyawa.

Menurut Adnan, suami mangsa kemudian mengeluarkan mayat isterinya dari mulut reptilia berkenaan sebelum mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa pulang dan selamat dikebumikan.

Gambar yang tular selepas kejadian menunjukkan bangkai ular sawa berkenaan di kawasan semak dengan beberapa kesan luka akibat senjata tajam pada badannya. -Agensi

Artikel Lain