suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik gimnasium maut ditembak ketika latih pelajar, detik cemas dirakam CCTV

Rakaman CCTV memaparkan detik seorang pemilik gimnasium ditembak oleh dua lelaki bermotosikal. -Foto NDTV

SEORANG pemilik gimnasium berusia 25 tahun maut ditembak oleh dua penyerang yang menunggang motosikal semasa dia sedang melatih beberapa pelajarnya, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 pagi di Hansi, Haryana, India itu, mangsa yang dikenali sebagai Deepak sedang melatih pelajarnya di luar gimnasium miliknya.

Kejadian ngeri itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), yang memaparkan detik-detik sebelum mangsa ditembak di hadapan pelajarnya sendiri.

Menerusi rakaman tersebut, Deepak dilihat memimpin lima hingga enam individu, termasuk seorang wanita, menjalani senaman 'naik tangga', apabila dua lelaki tiba-tiba menghampiri dengan menunggang sebuah motosikal.

Salah seorang suspek yang memakai topi putih kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah Deepak, menyebabkan suasana bertukar kecoh apabila mereka yang berada di lokasi menjerit panik dan berusaha menyelamatkan diri.

Menurut laporan, penyerang melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Deepak yang cedera parah segera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Usaha mengesan dan menahan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan, kata pegawai.

Siasatan lanjut berhubung motif kejadian masih diteruskan oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain