suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertuduh pelik kes jenayah 'diproses' cepat, terus dakwa majistret berat sebelah

Hakim sepatutnya bertindak adil dan tidak memihak pada mana-mana individu. -Gambar hiasan AI

PROSIDING dua kes jenayah ditangguhkan susulan tertuduh memfailkan permohonan untuk memindahkan kes berkenaan atas dakwaan wujud unsur berat sebelah yang dilakukan majistret bertugas.

Tidak hanya itu, dalam permohonan berkenaan, tertuduh turut menyatakan terdapat ketidakaturan dalam pengendalian prosiding.

Kes berkenaan dilaporkan melibatkan aduan jenayah yang sedang didengar di sebuah mahkamah majistret di Delhi, India.

Berdasarkan laporan, keputusan penangguhan itu dibuat oleh Hakim Daerah dan Sesi Utama, Vijay Kumar Dahiya yang mendengar dua petisyen pemindahan kes berasingan sebelum mengeluarkan notis bagi mendapatkan penjelasan daripada majistret yang mengendalikan kes berkenaan.

Dalam perintah bertarikh 9 Jun, mahkamah memutuskan supaya semua prosiding lanjut bagi kedua-dua kes dihentikan sementara sehingga tarikh pendengaran seterusnya.

Mahkamah turut mengarahkan salinan petisyen pemindahan diserahkan kepada majistret terbabit susulan dakwaan berat sebelah yang dikemukakan oleh pihak pemohon.

Salah satu petisyen difailkan oleh Amit Saraogi yang merupakan tertuduh dalam kes 'Advik Capital Ltd lwn Fairplan Distributors Pvt Ltd dan lain-lain', manakala satu lagi dikemukakan oleh Dayanand Ray dalam kes 'Rajesh Kumar Kaushik lwn Vipin Sharma dan lain-lain'.

Menurut pemohon, notis kepada tertuduh didakwa telah dikeluarkan sebelum prosedur pra-saman selesai sepenuhnya. 

Mereka juga mendakwa kes-kes tersebut diproses dengan kadar yang luar biasa pantas sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan prosiding.

Saraogi turut mendakwa beberapa kes aduan yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Vikas Garg serta syarikat-syarikat miliknya, sering disenaraikan dalam tempoh masa yang singkat di hadapan mahkamah yang sama, sekali gus mencetuskan persepsi kemungkinan berlakunya berat sebelah.

Bagaimanapun, mahkamah menegaskan bahawa tiada sebarang pandangan dibuat terhadap merit dakwaan yang dikemukakan. 

Sebaliknya, rekod penuh perbicaraan diminta untuk diteliti sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Sementara itu, notis telah dikeluarkan kepada semua pihak yang terlibat dan petisyen pemindahan kes tersebut dijadualkan untuk didengar semula pada 31 Julai depan. -Agensi

Artikel Lain