DEMI mempromosikan filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam, pelakon Fatin Afeefa berdepan kecaman netizen yang mendakwa dia sanggup membuka tudung semata-mata untuk kembali berlakon.Bagaimanapun, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata dia tidak mempunyai hak untuk menghalang filem berkenaan daripada ditayangkan hanya kerana penampilannya kini sudah berubah. Menurut Fatin, filem tersebut menjalani penggambaran kira-kira enam tahun lalu dan dia juga sudah terikat dengan kontrak bersama pihak produksi.Fatin sudah lali kecaman netizen."Apabila trailer keluar, ada saja yang berkata saya nak berlakon filem terus buka tudung ke? Tapi saya faham perkara ini sudah berlaku enam tahun lalu dan saya tidak boleh hentikannya."Saya pun sudah tandatangan kontrak. Kita kena hormat pihak produksi, kru dan seluruh pasukan yang terlibat. Takkan saya nak beritahu penerbit supaya tidak keluarkan filem ini hanya kerana saya sudah bertudung? Itu tidak adil untuk semua orang."Saya tidak mahu sia-siakan peluang orang lain dan percaya akan ada yang berkata-kata nanti. Namun, saya juga percaya dengan diri sendiri kerana itu adalah kisah lalu saya. Sekarang, saya membantu mempromosikan filem ini atas dasar tanggungjawab sahaja," katanya.Fatin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan filem Bisikan di Damansara, Selangor, pada malam Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkanARTIKEL BERKAITAN: Kes hadanah selesai, Fatin Afeefa dapat hak penjagaan penuh anakTambahnya, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) selepas berkongsi semula bahan promosi filem berkenaan menerusi Instagram, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang respons.Jelas Fatin, dia tidak merasakan perlu membuat penjelasan atau penafian berhubung perkara itu kerana perubahan penampilannya dahulu dan sekarang sudah cukup jelas."Saya memang terima macam-macam DM selepas muat naik semula di Instagram. Tapi saya tidak balas sebab nanti mereka akan tahu sendiri."Saya tidak akan buat penafian atau apa-apa kerana kalau tengok filem ini pun boleh nampak perbezaannya. Dalam filem saya nampak tembam sedikit, sekarang sudah kurus sekeping. Benda yang lepas, biarkan lepas.FATIN AFEEFAPELAKON"Saya rasa apabila orang tengok di media sosial, itu sudah mencukupi. Tidak perlu jelaskan banyak kali kerana saya pun sudah empat tahun bertudung," ujarnya.Mengulas mengenai perasaannya ketika menonton semula lakonan dalam filem berkenaan, Fatin mengakui berasa janggal melihat dirinya tidak bertudung, namun reda menerima hakikat bahawa ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidupnya."Memang sangat janggal. Masa tengok filem ini pun saya tutup muka sambil terfikir, 'Ya Allah, aku ke itu?' Malu sendiri."Tetapi saya terima kerana perkara ini saya lakukan sejak kecil. Tidak boleh juga nak kata filem ini tidak boleh ditayangkan hanya kerana saya sudah berhijab dan berubah.Fatin tidak mahu lakukan penjelasan berulang kali."Lakonan inilah juga yang pernah memberi rezeki kepada saya dan keluarga. Benda yang lepas, biarkan lepas," katanya.Dalam pada itu, ditanya mengenai kesediaannya berdepan kritikan netizen apabila filem tersebut mula ditayangkan di pawagam, Fatin mengakui sudah lali dengan kecaman.Menurutnya, dia sudah memahami ragam netizen sejak mula berkecimpung dalam dunia seni dan tidak pernah mengambil hati dengan komen negatif."Kita tidak buat apa-apa pun kena kritik. Jadi kalau filem ini kena kritik, suka hati merekalah. Daripada kecil kita sudah faham ragam netizen macam mana.Barisan pelakon, pengarah dan penerbit filem Bisikan."Cuma sekarang lebih ekstrem, tetapi saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tidak pernah ambil hati. Senyum sajalah. Nanti penat, diamlah mereka," jelasnya.Filem Bisikan arahan Opie Zami yang mengetengahkan genre seram ngeri itu bakal menemui penonton di pawagam pada 19 November ini.Selain Fatin, filem berkenaan turut dibintangi Azhan Rani, Vanidah Imran, Iman Zulkarnain, Puteri Rayyana dan Altimet.