suria

Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkan

Fatin syukur dapat tuntut hak anak perempuannya.

SELEPAS tiga tahun berjuang, pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan nafkah anak akhirnya berpihak kepada dirinya.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Selasa memutuskan bekas suaminya iaitu Adam Shahz mampu untuk memberikan nafkah selain menanggung yuran sekolah anak mereka, Ivy Herra Sophia.

"Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta. Kini ia dipenuhi.

Fatin syukur hak anaknya terbela.

"Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya. Tidak lagi bergantung kepada ibu saja.

"Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Melihat dan Maha Adil," luahnya dalam satu hantaran di Thread.

Dalam pada itu, Fatin berkata proses yang dilalui bagi mendapatkan hak untuk anaknya itu bukan sesuatu yang mudah, namun kini dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa minta nafkah anak naik 6 kali ganda, Adam Shahz jual motosikal Ducati bukan sebab terdesak perlu duit

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa geram dengan Adam Shahz, tak adil suami pula kena tanggung perbelanjaan anak

"Tiga tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah dua tahun, ulang-alik mahkamah.

"Aku bertahan, aku berjuang untuk anak perempuanku Ivy. Hari ini mahkamah sendiri kata dia mampu," luahnya.

Pada 2024 lalu, Fatin bertindak menuntut kenaikan nafkah anak daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Meskipun Adam tidak culas dalam membayar nafkah anak mereka, namun bekas suaminya itu didakwa enggan membayar yuran persekolahan Ivy.

Fatin mahu Adam (kiri) lunaskan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka.

Fatin dan Adam berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Adam bagaimanapun menjelaskan dia tidak mampu membayar seperti diminta dan mendakwa jumlah nafkah itu terlalu tinggi.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Fatin kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff pada Disember 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain