suria

Klip 30 saat jadi permulaan ‘Alasan’, Adam Nuqris atur langkah bergelar penyanyi

Adam mahu terus kembangkan bakat dalam dunia seni.

MULA menunjukkan bakat di media sosial, penyanyi Adam Nuqris kini mengambil langkah berani memulakan kerjaya dalam arus perdana dengan lagu pertama berjudul Alasan. 

Meskipun mempunyai jumlah pengikut lebih 68,000 di laman TikTok, namun bagi Adam ia bukan jalan mudah untuk dia mencipta nama sebagai seorang artis baharu. 

Malah pengalaman peribadi juga banyak mengajar dia untuk belajar bahawa setiap perjalanan dalam dunia seni kreatif harus dihargai. 

Adam tampil perkenalkan karya ciptaan sendiri. 

"Saya tidak datang daripada jalan yang mudah, dan saya tidak pernah mahu berpura-pura seolah-olah saya datang daripada sesuatu yang sempurna. Semua yang saya lalui daripada kerja biasa, kehidupan harian, sehinggalah jatuh bangun dalam mencari arah, semuanya membentuk siapa saya hari ini. 

"Saya belajar bahawa muzik bukan sekadar tentang bunyi, tetapi tentang kejujuran dalam menceritakan apa yang kita rasa," katanya. 

Tampil dengan sebuah karya yang juga merupakan ciptaannya sendiri, bagi Adam lagu ini merupakan satu bentuk terjemahan tentang apa yang dia lalui. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf sudah pulih daripada gangguan saka, berubat sampai ke Sabah... Sekarang hidup lebih tenang 

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf terkejut dengar berita pemergian Jalil Hamid, masih ingat pesanan jujur arwah

Kisah Alasan bermula apabila sebuah rakaman 30 saat yang dirakam secara spontan ketika di studio dan dimuat naik ke TikTok mendapat sambutan baik pengikut. 

"Alasan adalah refleksi paling jujur tentang fasa hidup saya sekarang. 

"Apabila saya lihat orang mula benar-benar connect dengan klip itu, saya sedar mungkin ini bukan sekadar satu rakaman spontan. Dari situ, Alasan mula berkembang menjadi sebuah karya penuh yang datang daripada emosi yang sangat jujur," kongsinya. 

Lagu ini dicipta oleh Kidd Santhe manakala lirik ditulis bersama Adam sendiri, Saixse serta Altimet. 

Adam harap kemunculannya diterima baik. 

Bercerita lanjut, Adam memberitahu karya sulung ini juga mengisahkan tentang semangat yang kembali pulih selepas melalui fasa kesedihan dalam hidup. 

"Ia tentang momen apabila kita akhirnya berhenti menafikan apa yang kita rasa, dan mula berani mengakui bahawa kita sudah sampai ke satu titik di mana kita perlu memilih diri sendiri.

"Kadang-kadang kita bertahan terlalu lama dalam sesuatu yang sebenarnya sudah tidak lagi memberi ruang untuk kita berkembang," jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain