suria

Ramai tanya kenapa ‘follow’ Tareq Fit, Sharifah Sakinah suka content kecergasan... “Fitness pun seni”

Sakinah sukakan kontent kesihatan Tareq Fit.

TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah yang dilihat mengikuti personaliti media sosial, Tareq Fit di laman Instagram mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sakinah, 36, berkata dia menggemari kandungan berkaitan kesihatan yang dikongsikan, namun secara peribadi tidak bersetuju dengan pandangan lelaki itu mengenai dunia seni.

Bagi Sakinah, industri seni tidak seharusnya dilihat daripada sudut negatif kerana setiap bidang mempunyai nilai seni tersendiri termasuk dunia kecergasan.

Sakinah ambil yang positif di hantaran Tareq Fit.

“Sejak ramai tanya tentang perkara ini, saya rasa perlu beri penjelasan untuk menjaga rakan-rakan dalam industri seni. Sebenarnya fitness itu juga seni.

“Cara pernafasan ketika bersenam, cara kita bercakap untuk mengajar, semuanya adalah seni. Malah hubungan antara minda dan otot ketika bersenam juga satu bentuk seni,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah memilih untuk tidak mengulas mengenai kandungan video yang dikongsikan oleh Tareq, sebaliknya hanya mengambil perkara yang dirasakan bermanfaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli ‘sound’ Tareq Fit minta fokus ibadah puasa, jangan sibuk cari salah orang… “Cukup-cukuplah, kita di Malaysia hidup harmoni”

“Saya takkan respons kepada kandungan negatif dia. Tapi saya suka kandungan berkaitan pemakanan dan kecergasan.

“Saya juga pernah bertanya tentang beberapa perkara dan dia nasihatkan supaya kembali kepada fitrah. Saya setuju, yang terbaik adalah sesuatu yang semula jadi,” ujarnya.

Meskipun lelaki itu sering terpalit dengan kenyataan kontroversi, Sakinah berkata dia tetap menghormati Tareq sebagai manusia dan percaya niatnya hanya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat.

Sakinah percaya setiap perkara terselit seni.

“Saya tahu dia nak cipta kesedaran, cuma harap selepas ini dia dapat sampaikan dengan lebih kasih sayang.

“Kita jangan serang dia, sebaliknya doakan yang baik-baik,” katanya.

Sebelum ini, Tareq mencetuskan perhatian apabila sering menegur golongan selebriti dengan menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain