PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa berdepan kesukaran untuk bertemu dengan anak tunggalnya selepas berpisah dengan bekas isteri, Aireena Sofia.Kata Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, kekhilafan yang pernah dilakukan sebelum ini tidak tidak boleh dijadikan alasan untuk memutuskan hubungannya dengan anak iaitu Hud. "Kalau hal-hal lain mungkin aku okay sahaja nak cakap apa pun. Tapi kalau bab anak aku rasa tak mampu nak tahan.Haqiem akui sedih tidak dapat berjumpa dengan anaknya. "Tak kejam pun jika tak maafkan silap aku yang lalu. Aku tahu aku silap. Tapi aku nak jumpa anak yang darah daging aku," luahnya di Threads.Haqiem mendakwa hasratnya untuk meluangkan masa bersama Hud selalu terbatal terutama apabila berlaku perselisihan faham antara dia dan Aireena. "Aku nak tengok dia setiap hari. Yang sakit bila ada gaduh ke apa aku mesti tak dapat jumpa anak. ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa sah bercerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: Sedia buat sumpah laknat… Haqiem Stopa akui berada dalam rumah dengan remaja 18 tahun, tapi tidak lakukan perbuatan ‘jijik’"Setiap kali awak rasa nak marah, saya mesti tak jumpa anak. Saya pun tak tahu apa salah saya dah," ujarnya. Dalam pada itu, Haqiem menegaskan dia sehabis baik cuba untuk mematuhi segala syarat dan jadual pertemuan yang ditetapkan memandangkan Aireena juga terikat dengan jadual kerja. Pun begitu, dia tetap menjadi sasaran kecaman netizen yang sering meletakkan kesalahan terhadap dirinya. "Sampai dah penat saya setiap kali awak buat hantaran, orang asyik salahkan saya. Apa cara awak semua saya ikut. Letak syarat seminggu dua kali, dua jam satu kali jumpa.Haqiem dan Aireena bercerai pada Januari lalu. "Itu pun saya tak dapat sebab awak sibuk kerja jadi saya kena ikut masa awak, itu pun saya okay dan saya masih kena kecam. Cuma nak tanya benda ini sampai bila?" soalnya.Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!