PELAKON Azrul Zaidi mendedahkan realiti yang dilalui apabila tidak menerima sebarang imbuhan atau bonus meskipun filem lakonannya mencatatkan kutipan pecah panggung jutaan ringgit.Menurut Azrul, 52, pemberian ganjaran tambahan kepada pelakon dan kru sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada budi bicara serta ihsan pihak penerbit itu sendiri. "Atas ihsan produser sebenarnya. Macam filem saya berlakon Suatu Malam Kubur Berasap, produser janji kalau hit RM1.5 juta ada bonus," dedahnya di halaman Threads pada Rabu. Azrul meluahkan rasa kecewa di halaman Threadsnya. Bagaimanapun, Azrul meluahkan rasa terkilan apabila janji tersebut tidak dikotakan meskipun filem berkenaan mencecah RM6 juta.Lebih menyedihkan, dia mendakwa pihak penerbit bukan sahaja mendiamkan diri mengenai soal bonus, malah tiada sebarang inisiatif untuk meraikan kejayaan tersebut bersama para pelakon."Tapi, filem hit sampai RM6 juta. Jangan katakan bonus, ajak makan pun tidak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tunggu bayaran RM300, Azrul Zaidi kena ‘game’ dengan pengarahARTIKEL BERKAITAN: Azrul tolak permintaan isteri Along Cham mohon sumbangan, rasa sangsi asyik ditanya ‘bila nak masukkan duit?’Azrul mendedahkan perkara itu bagi menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin tahu sama ada pelakon dan kru akan menerima habuan sekiranya sesebuah filem berjaya mengutip kutipan 'box office'."Nak tanya, kutipan tayangan filem kalau sudah juta juta ini, pelakon pelakon kru kru semua itu produser bagi bonus ke? Ke otak dia tahap peniaga viral sahaja?" ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!