KEMELUT rumah tangga adik kepada usahawan dan pengacara Neelofa iaitu Athisha Khan akhirnya terjawab apabila pempengaruh itu mengesahkan perkahwinannya dengan Wan Amirul Haiqal sudah berakhir.Athisha atau nama sebenarnya Nur Athisha Khan, 28, berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama dan kedua-duanya menerima dengan hati yang terbuka. "Saya dan Haiqal sudah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Kami berdua juga menerima keputusan ini dengan baik.Hantaran yang dibuat Athisha."Walau apa pun yang berlaku sehingga kami sampai ke tahap ini, Haiqal tetap seseorang yang pernah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya," katanya dalam satu hantaran di Threads.Menurut Athisha, walaupun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu, dia tetap menghargai segala kenangan dan perjalanan hidup yang pernah dilalui bersama bekas suaminya itu."Itu bukan sesuatu yang boleh saya lupakan atau pandang ringan begitu sahaja. Saya akan sentiasa menghargai dan menghormati segala tahun yang telah kami lalui bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Adik Neelofa, Athisha Khan selamat bergelar isteriARTIKEL BERKAITAN: “Dua-dua cantik, humble sangat!” - Netizen suka tengok Fazura dan adik Neelofa saling memuji"Saya juga berharap orang lain dapat memberikan penghormatan yang sama kepada kami berdua sementara masing-masing meneruskan kehidupan sendiri," kongsinya.Dalam pada itu, Athisha mengakui bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa perjalanan hidupnya tidak lagi seperti yang pernah dibayangkan selama ini.Jelasnya, dia sebelum ini lebih selesa menyimpan hal peribadi daripada pengetahuan umum, namun menyedari banyak perkara mengenai kehidupannya telah dikongsi bersama pengikut sejak bertahun-tahun lalu.Rumah tangga Athisha dan Haiqal bertahan hanya empat tahun."Selama ini, saya memang cuba menyimpan beberapa perkara peribadi dalam hidup saya. Namun, saya juga sedar bahawa saya sudah banyak berkongsi tentang kehidupan saya dengan kalian selama bertahun-tahun."Sepanjang hidup, saya selalu percaya bahawa ada perkara tertentu yang akan sentiasa kekal. Jadi, untuk menerima hakikat bahawa kehidupan mungkin tidak lagi seperti yang pernah saya bayangkan bukanlah sesuatu yang mudah."Tetapi saya rasa, kita juga perlu tahu bila tiba masanya untuk melepaskan sesuatu," ujarnya.Athisha harap orang ramai memberi runag kepada dirinya dan Haiqal.Tambahnya, perkongsian tersebut dibuat atas kerelaan sendiri bagi mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi, andaian atau tuduhan tidak berasas terhadap mana-mana pihak.Athisha turut berharap orang ramai dapat menghormati keputusan mereka selain memberikan ruang dan privasi untuk kedua-duanya meneruskan kehidupan serta mencari kebahagiaan dengan cara masing-masing."Akan ada perkara yang hanya kami berdua tahu dan faham. Saya sangat menghargai sekiranya kalian dapat menghormati keputusan ini, seperti mana saya berharap kalian juga menghormati kami," kongsinya.Untuk rekod, Athisha dan Wan Amirul Haiqal mendirikan rumah tangga pada 2 Januari 2022.