suria

Tahniah! Adik Neelofa, Athisha Khan selamat bergelar isteri

Athisha bergelar isteri dengan sekali lafaz.

ADIK kepada pengacara popular Neelofa iaitu Atisha Khan sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Wan Amirul Haiqal dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiada ‘plan’ umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri - “Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung... Akui gementar, doa bersalin secara normal

Pemilik nama Noor Athisha Khan, 24, yang juga seorang ‘influancer’ itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.

athisha

Sama cantik sama padan, Athisha dan Wan Amirul bergelar suami isteri pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, semua ahli keluarga termasuk Neelofa dan Ameera Khan mengayakan baju berwarna coklat cair.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti antaranya Sharifah Rose dan Nurin Afiqah.

Majlis dengan tema dalam taman didekorasi oleh perunding majlis terkenal, Reka Teemor.

Pasangan ini berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail.

Untuk rekod, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain