suria

Positif Covid-19 ketika sarat hamil 8 bulan, Iman Suhana akui emosi tak stabil

Iman bimbang keadaan bayi dalam kandungan dan anaknya.

SELEPAS lapan hari menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh akibat dijangkiti Covid-19, pelakon Iman Suhana bersyukur apabila sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu.

Tidak mengalami simptom yang teruk, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid berkata, dia dimasukkan ke hospital bagi jalani kuarantin kerana keadaan dirinya yang kini hamil lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iman suhana tak boleh hidu bau suami penangan hamil anak kedua, bau makanan pun rasa nak muntah

"Saya dah rasa tak sedap hati bila jadi kontak rapat suami yang mula disahkan Covid-19. Bila mula rasa sakit tekak, saya terus buat saliva test dan keputusannya positif.

Iman 2

Iman berjangkit daripada suaminya yang terlebih dahulu disahkan positif Covid-19.

"Saya terus ke klinik dan ujian calitan yang saya buat juga positif. Dua hari saya kuarantin di rumah dan lepas itu doktor sarankan untuk kuarantin di Hospital Sungai Buloh sebab tengah sarat mengandung.

"Doktor pantau jantung bayi dalam kandungan dan oksigen saya. Alhamdulillah, saya tidak alami simptom yang teruk. Demam pun sekejap," kata Iman kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik foto berada di hospital bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 sejak Khamis lalu.

Alhamdulillah, saya tidak alami simptom yang teruk.

IMAN SUHANA

PELAKON

Sementara itu, Iman mengakui emosinya terganggu memikirkan keadaan bayi dalam kandungan dan anak sulungnya yang berusia tiga tahun.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis ini turut membawa anak patung mainan anaknya ke hospital sebagai pengubat kerinduan.

"Mula-mula bila dapat tahu positif, memang saya sangat risau sebab tengah sarat lapan bulan hamil... dengan anak yang masih kecil lagi. Emosi saya tak stabil sebab memikirkan mereka.

Iman 1

Iman bersyukur anaknya tidak dijangkiti Covid-19.

"Sebab itu saya diamkan diri tak beritahu orang. Bila dah okay, barulah saya post di Instagram. Nasib baik anak saya yang pertama itu tak dijangkiti.

"Pengalaman kuarantin memang mencabar. Lapan hari di hospital buat saya rindu sangat dekat anak saya. Sampaikan saya bawa anak patung dia pengubat rindu," ujarnya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain