suria

Asyik ‘berkepit’ dengan Janna Nick sepanjang masa, Dini Schatzmann disangka tiada kerja!

Dini menolak dakwaan kononnya dia tiada pekerjaan kerana kerap mengikuti Janna.

DIDAKWA seperti tiada kerja kerana asyik 'berkepit' dengan pelakon Janna Nick, aktor Dini Schatzmann menegaskan dia juga mempunyai karier sendiri dan sibuk dengan penggambaran.

Walau bagaimanapun kata Dini Azan Schatzmann, 28, dia cuba menggunakan masa terluang untuk berlatih sebagai jurukamera dengan mengikuti Janna kerana meminati seni visual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak pergi berdua sahaja” - Janna Nick jawab tuduhan tidur sebilik dengan kekasih ketika bercuti

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas rai kejayaan Janna Nick di ABPBH34... Dini Schatzmann masuk hospital akibat jangkitan kuman

"Saya ada karier sendiri dan sibuk juga dengan penggambaran. Namun saya selalu mengikuti Janna untuk bantu diri dan juga karier.

Dini 1

Janna sentiasa menegur kesalahan Dini dalam bekerja.

"Apabila saya jumpa dia, saya buat kerja saya... bukan buat kerja untuk dia. Saya memang minat bab kemera. Jadi, tempat dan masa yang terbaik untuk saya belajar adalah dengan Janna.

"Dia akan tegur kesalahan saya. Kalau saya ambil kelas dengan orang lain, mungkin progres akan slow. Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya (jika tak memuaskan).

"Sebab itu, bila saya tak ada penggambaran, saya nak explore karier baru iaitu menjadi jurukamera," kata Dini kepada mStar.

Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya (jika tak memuaskan).

DINI SCHATZMANN

PELAKON

Dini ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Janna iaitu White Fluffy di De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, percutian Janna dan Dini di London menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang ingin tahu sama ada pasangan itu tidur di bilik berasingan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Janna menegaskan mereka bukan pergi berdua dan ia tidak hanya sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

Berkongsi mengenai hubungan cinta mereka, Dini mengakui dia dan pelakon drama Misteri Mona itu mempunyai perancangan untuk berumah tangga.

Dini 2

Janna dan Dini ada perancangan untuk berkahwin.

Namun aktor kelahiran Switzerland itu memilih untuk mengunci mulut terlebih dahulu kerana masih banyak perkara yang belum dapat disahkan.

"Kami ada berbincang mengenai tarikh kahwin. Sudah tentu ada perbincangan tentang perkara itu memandangkan hubungan kami memang serius.

"Buat masa sekarang memang ada perancangan tapi saya rasa belum tiba masa untuk kongsikan. Tapi apabila semuanya sudah pasti, Insya-Allah kami akan umum," ujarnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain