suria

“Kami tak pergi berdua sahaja” - Janna Nick jawab tuduhan tidur sebilik dengan kekasih ketika bercuti

Janna Nick terima komen-komen negatif daripada netizen mempersoalkan percutiannya bersama kekasih.

DITUDUH tidur sebilik dengan kekasihnya, Dini Schatzmann ketika bercuti di London pada bulan lalu, pelakon Janna Nick menjelaskan dia tidak pergi berdua.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner 27, berkata, dia ke sana bukan sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick pandai pilih tarikh, tapi rupa-rupanya peminat kena ‘prank’ pakai baju kahwin - “Tengok boleh, percaya lain kali”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Melompat-lompat Janna Nick dapat hadiah Vespa daripada kekasih - “Awak perlu simpan duit untuk beli rumah kita”

“Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu.

“Cukuplah tahu kebenaran. Sebenarnya percutian ke London itu sekali turut penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

“Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik,” kata Janna kepada mStar.

Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

JANNA NICK

PELAKON & PENERBIT

Pelakon drama Misteri Mona itu ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, Bu Chef Wan, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

janna 3Janna enggan layan komen netizen di media sosial.

Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik Janna memperlihatkan dia gembira bercuti bersama kekasihnya itu di laman Instagram mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen tertanya-tanya sama ada Janna dan Dini yang juga seorang aktor tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain