suria

Janna Nick pandai pilih tarikh, tapi rupa-rupanya peminat kena ‘prank’ pakai baju kahwin - “Tengok boleh, percaya lain kali”

Foto Janna berserta kapsyen mengundang pertanyaan netizen.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.

Anggun mengenakan kebaya daripada fabrik songket, perkongsian Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dengan kapsyen tarikh 1.11.21 bersama emoji cincin mengundang perhatian netizen.

Ruang komen juga dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon berkenaan sudah berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ‘target’ simpan rambut panjang sampai pinggang, petanda sedia nak kahwin - “Saya gembira orang selalu tanya fasal jodoh”

Bagaimanapun aktres berusia 26 tahun itu memberitahu foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.

Janna 2

Janna bercinta dengan Dini sejak Jun 2019.

"Saya belum lagi bernikah atau berkahwin... foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran.

"Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja," kata Janna ketika dihubungi mStar.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna berkata dia akan berkahwin selepas rambutnya panjang sehingga paras pinggang.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami.

JANNA NICK

PELAKON

Janna yang juga seorang penyanyi turut memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini menegaskan dia akan berkongsi berita gembira berkaitan perkahwinan apabila sudah tiba masa yang sesuai.

"Insya-Allah soal jodoh... kahwin ini, saya tetap akan kongsikan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti.

Janna 1

Janna akan berkongsi berita gembira apabila tiba masa yang sesuai.

"Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya.

Dalam pada itu rata-rata peminat juga seperti sudah mengetahui niat Janna berkongsi foto berkenaan dengan ada antara mereka sudah dapat menghidu ia sekadar lakonan semata-mata.

"Nak prank kita ke ni? Aku takut shooting atau drama je ni.

"Ni Betul-betul ke cubaan? Tengok boleh, percaya lain kali... tapi baju cantik," demikian antara komen peminat.

Untuk rekod, Janna kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann sejak Jun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain