suria

Wajah cantik isteri jadi viral, Yassin tak halang aktif media sosial - “Nikmatilah waktu sekarang ni”

Isteri Yassin dan anak mereka menjadi bualan ramai baru-baru ini.

SELEPAS isteri terkena tempias viral, pelawak Yassin berkata dia tidak menghalang wanita yang istimewa dalam hidupnya itu untuk aktif di media sosial.

Bagaimanapun Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 44, berharap agar isterinya, Farah Waheeda Maharidan, 43, tahu menjaga batas.

“Isteri dah boleh terima dunia glamor. Saya dah beritahu kepadanya bahawa sekarang ini sesuatu perkara mudah jadi viral.

ARTIKEL BERKAITAN: Sa. Ya gagal ke separuh akhir GV8, lega sudah langsaikan hutang dengan peminat

“Saya tak halang untuk dia aktif di media sosial. Nikmatilah waktu sekarang ini.

“Namun sama-sama menjaga supaya tidak berlebihan,” katanya kepada mStar.

yassin tiktok

Video TikTok ini menjadi viral di pelbagai platform media sosial.

Yassin ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Baru-baru ini kemunculan Yassin dalam video di akaun TikTok Warda Waheeda milik Farah mencuri perhatian ramai.

Rata-rata netizen tidak mengetahui anggota kumpulan Senario itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Saya seorang yang berbeza jika berada di rumah... lebih senang asingkan kisah peribadi.

YASSIN

PELAWAK

Mengulas lanjut tentang isteri dan anaknya yang kini menjadi perhatian ramai, Yassin berkata dia tidak dapat menahan kuasa media sosial dan akur apabila kini hal rumah tangganya mula diperkatakan.

“Zaman teknologi ini media semakin meluas dan menjadi viral. Apa sahaja yang kita buat akan diperhatikan.

“Sebelum ini saya lebih suka dikenali dengan kerjaya sendiri.

“Saya juga seorang yang berbeza jika berada di rumah. Jadi lebih senang untuk asingkan kisah peribadi,” ujar Yassin.

WhatsApp Image 2022-01-21 at 10.01.54 PM

Barisan pelakon filem Nasi Lemak 1.0.

Yassin berkahwin dengan Farah Waheeda Maharidan, 43, pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.

Bercakap tentang filem Nasi Lemak 1.0, Yassin berkata dia tidak memikirkan soal kontroversi pengarah Namewee yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Saya melihat dia seorang yang berbakat. Saya tak pandang kontroversi.

“Hasil kerjanya baik terutama dalam aspek sinematografi. Dia sangat teliti,” jelasnya.

Barisan pelakon lain yang terlibat adalah Karen Kong, Datuk AC Mizal, Saiful Apek,Wak Doyok, Delimawati dan Yumi Wong.

Filem yang menelan belanja RM 3.5 juta ini bakal menemui penonton bermula 27 Januari ini di 120 buah pawagam seluruh Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain