suria

Sa. Ya gagal ke separuh akhir GV8, lega sudah langsaikan hutang dengan peminat

SA YA diangotai Saiful Apek dan Yassin Senario gagal mara ke separuh akhir GV8.

PERJUANGAN kumpulan Sa. Ya di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berakhir apabila tersingkir di peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Sa. Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita terpaksa akur dengan keputusan juri yang menegur vokal mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Upiak Isil akhirnya tersingkir GV8, Ramli MS anggap Usop kurang ‘effort’ sebagai pasangan duet

ARTIKEL BERKAITAN: Bandi Amuk tersingkir GV8, Syafinaz Selamat tegur masalah intonasi dan sebutan

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Kami dalam proses belajar.

“Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” ujar Saiful mewakili Sa. Ya.

saiful apek

Kumpulan Sa Ya membawa lagu Blus Terengganu Kita.

Keputusan suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah.

SAIFUL APEK

AHLI SA YA

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Sementara itu bagi Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Anugerah Bintang Cuckoo dimenangi oleh Nikki Palikat.

suki

Suki mendapat markah tertinggi pada konsert suku akhir GV8.

Pusingan suku akhir GV8 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dan dua juri jemputan iaitu Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim.

GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Untuk tugasan separuh akhir bertemakan Lagu Untukmu, peserta akan menyanyikan lagu pilihan juri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain