suria

Tak salah minta tajaan, wakil produksi filem ‘Misteri Hutan Tok Kepak’ sudah mohon maaf - FDAM

Mat London tegaskan isu minta tajaan tidak perlu diperbesarkan.

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyifatkan isu wakil produksi sebuah filem menggunakan logo syarikat penerbitan lain bagi mendapatkan bantuan makanan dan minuman sudah selesai.

Presidennya Ahmad Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Mat London juga berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana wakil berkenaan hanya tersilap menggunakan banner lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit filem jawab isu produksi dituduh sengkek minta tajaan makanan, penyelaras lokasi tersalah guna poster lama

ARTIKEL BERKAITAN: Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta orang kampung? Ini jawab pengarah

"Sepatutnya isu ini tak perlu timbul pun. Sebab individu yang muat naik perkongsian itu sudah pun memohon maaf kepada Nasyriq.

filem 2

Isu tajaan mula timbul disebabkan perkongsian ini di Facebook.

"Individu itu tersalah muat naik poster lama. Tapi dia sudah menghubungi Nasyriq untuk mohon maaf pada Rabu dan Nasyriq pun dah terima permohonan maaf itu.

"Jadi, sepatutnya tak timbul lagi isu ini. Tiada apa yang perlu diperbesarkan... hanya tersilap menggunakan poster lama saja," katanya kepada mStar.

Terdahulu, penerbit NS Film Productions Sdn Bhd iaitu Nasyriq Nawawi kecewa apabila logo syarikatnya digunakan tanpa kebenaran walaupun mereka sudah tiada kaitan dalam penerbitan filem Misteri Hutan Tok Kepak.

Tegas Nasyriq tindakan itu mencemarkan nama baik dia dan syarikatnya.

Kita tak galakkan minta tajaan tapi kalau ada, tak salah pun.

AHMAD IBRAHIM

PRESIDEN FDAM

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tajaan, Admad memberitahu tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana produksi untuk mendapatkan sumbangan kerana ia akan memberi keuntungan kepada dua belah pihak.

Katanya, banyak restauran suka menawarkan tajaan kepada produksi kerana akan mendapat ulasan dan promosi daripada barisan pelakon dan kru.

"Ikutkan perkara biasa saja apabila syarikat produksi minta tajaan. Bukannya minta tajaan keseluruhan. Kalau dapat tajaan, produksi akan beri kredit.

Mat london 1

Nasyriq kecewa logo syarikatnya digunakan untuk tujuan meminta tajaan tanpa kebenaran.

"Pihak penyelaras di Kedah itu pun minta tajaan di sekitar Kodiang. Bukannya secara umum. Ikutkan memang ramai menawarkan untuk menaja.

"Banyak restauran suka kalau produksi datang sebab dapat buat review dan promosi juga. Kita tak galakkan minta tajaan tapi kalau ada, tak salah pun," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad menegaskan biarpun Nasyriq tidak lagi mengarah dan menerbitkan filem Misteri Hutan Tok Kepak, namun dia masih berpeluang untuk bekerjasama dalam karya lain.

"Mungkin Nasyriq kurang jelas mengenai filem tersebut menyebabkan dia tarik diri. Tapi dia masih ahli FDAM, jadi dia tetap akan mengarahkan salah satu telefilem FDAM," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain