suria

Sembilan tahun jadi ibu tunggal, Syura Badron kembali bergelar isteri

Syura kembali bergelar isteri selepas sembilan tahun jadi ibu tunggal.

SEMBILAN tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Syura Badron selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya pada pukul 12.30 tengahari, Sabtu di Masjid As-salam, Puchong Perdana.

Isteri kepada penyanyi Lan Solo yang juga rakan baik Syura, Shila Razlan mengesahkan berita gembira tersebut dan turut menafikan penyanyi itu berkahwin dengan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syura Badron ‘up status’ bosan hidup menjanda? - “Agak kurang ajar! Dia buat seperti saya desparate sangat nak cari suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Syura Badron tak cemburu kejayaan Siti Nordiana, kes saman fitnah bukan cara cari publisiti

“Syura sah bergelar isteri sekitar pukul 12.30 tengahari tadi. Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan.

Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di Instagramnya tidak lama lagi.

SHILA

ISTERI LAN SOLO

“Alhamdulillah... saya ucapkan tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong. Dia berkahwin dengan jejaka pilihan, bukannya Lan Solo.

“Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhirat saya ini. Syura layak untuk mendapat semua kebahagiaan ini,” kata Shila kepada mStar.

Terdahulu Lan Solo memuat naik foto bersama Syura di sebuah masjid dengan melahirkan rasa syukur sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan rakan selebriti yang beranggapan mereka berkahwin.

Menurut Shila, dia belum dapat berkongsi butir lanjut mengenai identiti dan status suami Syura untuk memberi ruang kepada empunya badan untuk mengumumkan khabar gembira itu sendiri.

syura 2

Syura akan kongsi butiran lebih lanjut mengenai suaminya nanti.

“Saya sendiri belum dapat berbual panjang bersama Syura, jadi tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak. Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di Instagramnya tidak lama lagi.

“Syura dan suami sudah lama berkawan...Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Shila.

Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain